Rabu, 29 Ogos 2018

Taklimat Khas 2018

Sepang, 29/08/2018 - Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Lot 979 & 980, Pantai Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor. 

Saya telah ditempatkan di sebuah bilik di tingkat 2. Ia merupakan sebuah bilik hotel dengan dua buah katil (katil kelamin dan katil bujang). Taklimat khas diadakan pada 27, 28 dan 29 Ogos di Dewan Utama 1 dicantumkan bersama Dewan Utama 2. Minum petang, minum malam dan minum pagi di luar dewan taklimat iaitu bersebelahan dengan Dewan Utama. Makan malam, sarapan pagi dan makan tengah hari pula di dewan makan (Anjung Selera). Saya dan rakan-rakan berada di sini kira-kira 3 hari 2 malam untuk taklimat tersebut.
  
Atur cara terakhir sebelum bersurai dan meninggalkan Bilik 239 pada hari ini ialah taklimat, rumusan dan penutup. Saya dan rakan sebilik (rakan sejak bersekolah menengah agama di Pahang) makan tengah hari, solat, mendaftar keluar dari bilik dan bertolak meninggalkan perkarangan hotel kira-kira jam 1:45 petang. 

Saya dan rakan sebilik menaiki keretanya dan kami singgah ke Pantai Bagan Lalang. Dari pantai, kami melalui Pekan Sungai Pelek dan Pekan Sepang. Berhenti sebentar di Masjid Pekan Sepang yang terletak di tepi jalan sahaja. Meneruskan perjalanan melalui Pekan Salak, Salak Tinggi dan Kampung Jenderam Hulu. Masuk ke Jalan Kajang - Dengkil, Jalan Bangi, Jalan Teras dan rakan saya pulang ke rumahnya di Teras Jernang. 

Saya mengambil kereta yang telah diletakkan di hadapan rumahnya hari kelmarin dan memandu kereta saya kembali ke Jalan Teras, berhenti sekejap di Bahulu Panas, menyusuri Jalan Bangi dan Jalan Reko. Melalui Pekan Kajang, Jalan Cheras dan Saujana Impian. Akhirnya saya selamat sampai ke rumah petang ini.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.