Jumaat, 24 Mei 2019

Ucapan Selamat Daripada Allah Taala

Cheras, 24/05/2019 - Tajuk tazkirah pagi Jumaat tadi ialah Ucapan Selamat Daripada Allah Taala. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Jeehan di dataran perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor.

Allah S.W.T. telah berfirman (Ustaz Jeehan membaca sepotong ayat al-Qur'an): Maksudnya: (Kepada mereka dikatakan): “Salam”, sebagai ucapan selamat daripada Tuhan Yang Maha Penyayang. (Surah Yasin: Ayat 58).

Surah Yasin mempunyai 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah dan diturunkan selepas Surah al-Jin. Surah Yasin ialah surah yang ke-36 dan Surah al-Jin ialah surah yang ke-72 di dalam al-Qur’an.

Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa ayat ke-58 dalam Surah Yasin yang telah dibaca tadi menunjukkan Allah sendiri mengucapkan salam kepada penduduk syurga.

Kita juga mestilah sentiasa memohon keselamatan daripada Allah ketika berada di dunia ini. Sentiasa menyebut Rabbi Sallimna (Tuhanku Selamatkan Kami).

Ya Allah, selamatkan kami. Selamatkan iman kami. Selamatkan tauhid kami. Selamatkan pengetahuan kami. Selamatkan rezeki-rezeki kami. Dengan rahmat-Mu wahai Tuhan seluruh alam.

Ustaz Jeehan menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk Rabbi Sallimna. Nasyid asal daripada kumpulan Hijjaz.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.