Selasa, 28 Mei 2019

Zakat Emas 23 Ramadhan 1440

Kajang, 28/05/2019 - Hari ini ialah hari Selasa, 28 Mei 2019 bersamaan dengan 23 Ramadhan 1440. Saya telah membuat pembayaran Zakat Emas dengan menggunakan kad debit di kaunter Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor), No 13, Jalan Raja Haroun, Kajang kira-kira jam 11:15 pagi tadi. Ia dibuka tujuh hari seminggu sepanjang bulan Ramadhan ini. Waktu urusan pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat), mulai jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang. Sabtu, Ahad dan cuti umum, mulai jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang).

Emas yang disimpan dalam apa-apa bentuk sekali pun adalah wajib dizakatkan apabila ia melebihi berat asas nisab iaitu 85 gram. Bagi mendapatkan nilai zakat, ambil semua emas yang disimpan dan timbang. Kemudian darabkan dengan harga emas semasa dan darabkan dengan 2.5 peratus.

Harga emas semasa bagi jenis emas 916 pada hari ini ialah RM164.85 per gram dan jenis emas 999 (995) ialah RM179.79 per gram. Jika anda menyimpan syiling emas sebanyak 4.25 gram dan jongkong emas sebanyak 125 gram selama setahun, nilai zakat yang anda wajib bayar pada hari ini ialah RM579.52 sahaja. Timbangan emas x harga semasa x 2.5% (4.25 gram x RM164.85 = [700.62] x 2.5% = RM17.52) + (125 gram x RM179.79 = [22,474.00] x 2.5% = RM562.00). Nilai zakat emas 916 + nilai zakat emas 999 (995) ialah (RM17.52 + RM562.00 = RM579.52).

Ramadhan 1439 hingga Ramadhan 1440, saya hanya menyimpan dan tidak membuat sebarang urusniaga jual beli emas. Ini bermakna telah cukup haul setahun saya membuat simpanan emas. Tiba masanya ia diwajibkan zakat.

Umat Islam yang hendak melibatkan diri dalam pelaburan emas mesti terlebih dahulu mengetahui urusniaga jual beli emas yang patuh syariah. Pilih perbankan Islam yang ada menawarkan akaun pelaburan emas atau syarikat yang mematuhi kehendak syariah dalam pelaburannya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.