Isnin, 24 Jun 2019

Cuti Kerana Nenek Meninggal Dunia Jun 2019

Saya berada di Pulau Pinang dan Kedah selama 2 hari 1 malam. Bermalam di rumah bapa saudara saya yang terletak di Kulim, Kedah. Dia yang dipanggil Pak Njang ialah adik kepada arwah abah saya. Kali ini, saya ambil cuti kerana nenek telah meninggal dunia di Hospital Kulim pada hari Sabtu, 22 Jun 2019 (Sabtu malam Ahad).

Ahad, 23 Jun 2019. Saya memandu keluar dari rumah dan kemudian meletakkan kereta di depan sebuah kedai yang bertulis SYNCRAD Sdn Bhd di Jalan Impian Mahkota 1, Saujana Impian, Kajang, Selangor. Naik tren MRT (Mass Rapid Transit) dari Stesen Sungai Jernih ke Stesen Kajang guna Kad T'nG (RM1.40). Di stesen KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) Kajang, saya bertanya berkenaan tiket ETS (Electric Train Service) ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semua tiket untuk hari ini sudah habis. Naik tren untuk ke KL Sentral. Jam 9:00 hingga 9:35 pagi, tren komuter bergerak dari Stesen Kajang ke Stesen KL Sentral guna Kad T'nG (RM3.70). Di KL Sentral, saya bertanya berkenaan tiket kapal terbang di Pusat Jualan Air Asia dan Malindo Air. Oleh kerana masih ada tiket tetapi masa berlepas kurang daripada 4 jam dari KL Sentral, Air Asia beritahu pihak mereka tidak boleh menjual lagi kecuali saya terus membeli tiket tersebut di KLIA2 (Kuala Lumpur International Airport 2). Di stesen ERL (Exspress Rail Link), saya membeli tiket tren untuk ke KLIA2. Jam 10:20 hingga 10:53 pagi, tren KLIA Ekspres bergerak dari Stesen KL Sentral ke Stesen KLIA2 guna kad tunai (RM55.00). Kira-kira jam 11:00 pagi, saya terus membeli tiket di kaunter Air Asia secara masuk berjalan kaki (walk-in) tanpa bagasi kabin. Beli tiket kapal terbang pergi dan balik guna Kad Debit VISA (RM387.36). Saya mendapatkan pas masuk (boarding pass) melalui mesin daftar masuk sendiri (self check-in).

Saya berlepas pergi menaiki kapal terbang Air Asia (AK 6126) di KLIA 2/ Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Duduk di kerusi tepi tingkap sebelah kanan di barisan nombor 12 berhampiran sayap. Kira-kira jam 1:00 hingga 1:40 petang, saya dan para penumpang yang lain berada di udara. Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas. Saya mendapatkan perkhidmatan teksi lapangan terbang (RM100.00). Jam 1:55 hingga 2:55 petang, teksi lapangan terbang bergerak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas ke Masjid al-Huda, Kelang Lama, Kulim, Kedah. Terus ke tanah perkuburan dan sempat berdoa' bersama anak-anak arwah nenek saya termasuk saudara-mara yang lain. Apabila semuanya selesai, saya dibawa ke rumah Pak Njang. Saudara-mara yang lain turut serta. 

Isnin, 24 Jun 2019 (hari kedua). Bapa saudara saya yang dipanggil Pak Teh iaitu adik kepada arwah abah saya datang bersama isterinya ke rumah Pak Njang di Kulim, Kedah. Mereka berdua menjemput saya dan menziarahi rumah anak mereka di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kami singgah ke Masjid Sembilang yang juga terletak di Seberang Jaya. Kami bertiga makan tengah hari di Cargas Cafe, Bayan Lepas. Mereka menghantar saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan tiba di situ pada jam 2:25 petang. Saya mendapatkan pas masuk (boarding pass) melalui mesin daftar masuk sendiri (self check-in).

Saya berlepas pergi menaiki kapal terbang Air Asia (AK 6139) di di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas. Duduk di kerusi tepi tingkap sebelah kanan di barisan nombor 17 berhampiran sayapKira-kira jam 5:00 hingga 5:40 petang, saya dan para penumpang yang lain berada di udara. Kami mendarat di KLIA2/ Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Di stesen ERL, saya membeli tiket tren untuk ke Bandar Tasik Selatan (BTS). Jam 6:15 hingga 6:50 petang, tren KLIA Transit bergerak dari Stesen KLIA2 ke Stesen BTS guna kad tunai (RM38.40). Di stesen KTMB BTS, saya naik tren untuk ke Kajang. Jam 7:15 hingga 7:30 malam, tren komuter bergerak dari Stesen Bandar Tasik Selatan ke Stesen Kajang guna Kad T'nG (RM2.70). Naik tren MRT dari Stesen Kajang ke Stesen Sungai Jernih guna Kad T'nG (RM1.40). Saya memandu kereta dan pulang ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.