Jumaat, 14 Jun 2019

Khutbah Jumaat 14062019 di SRF

Kajang, 14/06/2019 - Saya telah mendengar khutbah Jumaat yang bertajuk "Mengekalkan Ketakwaan di Musim Jamuan" di Surau Raudhatul Firdaus (SRF), Impian Murni, Saujana Impian. Solat Jumaat kali pertama telah diadakan di SRF pada 3 April 2015. SRF mula dibina sekitar Julai 2013 dan mula digunakan sekitar Jun 2014.

Jumaat hari ini ialah 14 Jun 2019 bersamaan dengan 10 Syawwal 1440. Saya telah mendengar khutbah Jumaat tadi seperti dilihat dalam teks yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi sebahagian isi sahaja dicatatkan di sini. Ia boleh dimuat turun melalui laman web Bahagian Pengurusan Masjid JAIS. Azan Zohor hari ini ialah pada jam 1:16 petang.

Kini, setelah berlalunya 1 Syawwal, umat Islam di pelbagai tempat di negara ini akan mengadakan rumah terbuka dan jamuan makan bagi mengeratkan hubungan ukhuwwah sesama masyarakat setempat. Alhamdulillah, ianya merupakan salah satu nikmat Allah S.W.T. dan juga petanda negara ini masih aman dan makmur. Jamuan makan melalui pendekatan rumah terbuka, masjid terbuka, jamuan Aidilfitri di hotel, surau, sekolah dan balai raya muncul di sana sini 'bak cendawan tumbuh selepas hujan'. Namun di sebalik kemeriahan menganjurkan jamuan, ia mesti diuruskan dengan bijak agar tidak menjadi penyumbang kepada pembaziran makanan.

Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu supaya kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah: Ayat 183).

Berdasarkan ayat ini, sebenarnya ibadah puasa disyariatkan dengan tujuan meningkatkan ketakwaan manusia. Ini kerana latihan menahan diri dan hawa nafsu daripada semua perkara yang membatalkan puasa akan dapat meningkatkan kualiti ketakwaan kepada Allah. Matlamat bulan Ramadhan yang sebenarnya untuk membentuk seorang insan yang bertakwa walaupun kita sekarang berada di bulan Syawwal.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.