Jumaat, 5 Julai 2019

al-Qur'an Kata-kata Allah

Cheras, 05/07/2019 - Tajuk tazkirah pagi Jumaat tadi ialah al-Qur'an Kata-kata Allah. Ia telah disampaikan oleh Ustaz Jeehan di dataran perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Cheras, Hulu Langat, Selangor.

Allah S.W.T. telah berfirman (Ustaz Jeehan membaca bebarapa potong ayat al-Qur'an): Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Sin. Demi al-Qur'an yang penuh hikmah. Sesungguhnya kamu (Muhammad) salah seorang daripada rasul-rasul. (Yang berada) di atas jalan yang lurus. (Sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapa-bapa mereka belum pernah diberi peringatan kerana itu mereka lalai. (Surah Yasin: Ayat 1 hingga 6).

Ada di antara ahli-ahli tafsir berpendapat bahawa huruf-huruf abjad seperti Qaf, Ya Sin dan Alif Lam Mim yang terdapat pada awal surah itu gunanya untuk menarik perhatian para pendengar supaya memperhatikan al-Qur'an tersebut. Juga untuk mengisyaratkan bahawa al-Qur'an itu diturunkan dalam bahasa Arab yang tersusun daripada huruf-huruf abjad. al-Qur'an ialah kata-kata daripada Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

al-Qur'an mempunyai 30 juzuk, 114 surah dan 6,236 ayat. Al-Qur'anul Rasm Uthmani ada 604 muka surat. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara beransur-ansur selama 23 tahun (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah). 40 tahun + 23 tahun = 63 tahun. Jom kita baca al-Qur'an kerana ia merupakan peringatan kepada orang-orang yang takut kepada Allah.

Ustaz Jeehan menyanyikan beberapa baris nasyid yang bertajuk al-Qur'an Kalamullah. Nasyid asal daripada kumpulan Hijjaz (Copyright Control).

al-Qur'an... Kalamullah.
al-Qur'an... Kalamullah.

al-Qur'an... kitab suci kalam Tuhan.
Bacaan umat yang beriman.
Menjadi amal ibadah... seharian.
al-Qur'an... kalam Tuhan.
al-Qur'an... kalam Tuhan.  

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.