Isnin, 1 Julai 2019

Tiga Syarikat ISP Mulai 1 Julai 2019

Cheras, 01/07/2019 - Saya masih berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Puteri yang terletak di dalam daerah Hulu Langat. Telekom Malaysia Berhad merupakan sebuah syarikat telekomunikasi yang sedang berurusan untuk pemasangan talian internet (unifi 100Mbps) di sekolah tempat saya mengajar sekarang. Ia bagi menggantikan projek perkhidmatan 1BestariNet yang sebelum ini disediakan oleh YTL Communications Sdn Bhd.
Perkhidmatan talian internet ke sekolah di seluruh negara dibekalkan oleh tiga syarikat Penyedia Perkhidmatan Internet atau ISP (Internet Service Provider) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd mulai hari ini (1 Julai 2019).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyatakan bahawa tiga syarikat itu menggantikan 1Bestarinet yang tamat kontrak pada hari semalam (30 Jun 2019) selepas menyediakan talian internet dan aplikasi Persekitaran Pembelajaran Maya atau VLE (Virtual Learning Environment) kepada 10,211 buah sekolah sejak tahun 2012.
Tiga syarikat ISP ini juga akan menyediakan perkhidmatan talian internet ke beberapa bahagian di KPM dan 366 buah Pusat Kegiatan Guru di seluruh negara.
Perkhidmatan ini adalah bagi tempoh enam bulan hingga 31 Disember 2019. KPM akan memilih penyedia perkhidmatan internet yang baharu bagi tempoh mulai 1 Januari 2020 selepas melakukan penilaian dan penambahbaikan diperlukan.
Sebahagian kecil sekolah, terutama di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak akan mengalami sedikit gangguan yang dijangka diselesaikan sebelum akhir Julai 2019.
Menurut kenyataan berkenaan, susulan berakhirnya perkhidmatan 1Bestarinet Fasa 2, KPM memutuskan untuk mengguna pakai pelantar pembelajaran GC (Google Classroom) bagi menggantikan Frog VLE.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.