Putrajaya, 01/09/2019 - Saya telah menghadiri Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1441 di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC) iaitu Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis sambutan diadakan pagi tadi (Ahad, 1 September 2019 bersamaan dengan 1 Muharram 1441). Ia ditayangkan secara siaran langsung di TV1 oleh Radio Televisyen Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tema sambutan pada tahun ini ialah Negara Rahmah Ummah Sejahtera.
Jam 8:10 pagi, saya memandu kereta dari rumah di Kajang merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan membelok ke Persiaran Impian Perdana. Kemudian meneruskan pemanduan di Persiaran Saujana Impian yang bersambung dengan Lebuhraya Cheras - Kajang (E7). Kemudian, saya memandu di Lebuhraya Kajang SILK (E18) dan melalui Plaza Tol Sungai Balak (RM1.80). E18 pula bersambung dengan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26). Keluar dari E26, saya memandu di Persiaran Utara, Persiaran Selatan, Lebuh Gemilang dan masuk ke Jalan P5. Akhirnya, saya sampai ke PICC dan mencari tempat letak kereta. Saya meletakkan kereta di tingkat paling bawah kira-kira jam 8:40 pagi setelah memandu sejauh 30 kilometer. Letak kereta di sebelah tiang yang bernombor B2 (B35) di Zon Hijau A, B. Naik lif ke tingkat atas dan masuk ke Dewan Perdana.
Saya dapat bersalaman dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Yang di-Pertuan Agong Ke-16 ialah Sultan Pahang Darul Makmur yang merupakan seorang sultan di negeri kelahiran saya. Turut hadir ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alalllah Sultan Iskandar Al-Haj, Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Perdana Menteri Malaysia), Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan ramai lagi.
Susunan acara majlis ialah ketibaan kontijen dan jemputan awam, ketibaan jemputan kenamaan, keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong diiringi oleh Perdana Menteri Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain jemputan. Nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa', ibrah al-Qur'an, sembah ucapan aluan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Titah Diraja, pengumuman Tokoh Ma'al Hijrah 1441, tayangan video tokoh, upacara pengurniaan tokoh, persembahan khas nasyid oleh kumpulan Hijjaz serta rakan-rakan, nyanyian lagu Negaraku, keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong meninggalkan majlis. Perdana Menteri Malaysia, jemputan kenamaan dan jemputan awam meninggalkan majlis. Kira-kira jam 11:25 pagi, majlis bersurai.
Semua anggota kumpulan Hijjaz telah hadir dalam majlis sambutan kali ini. Mereka ialah Munif bin Ahmad (Putra Aiman), Isman Nadim bin Isam (Manis Helma), Mohd Faizal bin Osman (Abai Os) dan Muhammad Ariffin bin Ahmad Rahim (Ariffin).
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar