Selasa, 8 Disember 2020

Anak Yang Ketiga Berkhatan 2020

Kajang, 08/12/2020 - Saya dan anak ketiga telah pergi ke Klinik Thaqif. Isteri dan empat orang anak lagi berada di rumah. Kami telah membuat janji temu berkhatan untuk anak ketiga pada jam 1:30 selepas solat Zohor. Giliran pertama memang untuk anak saya (10 tahun) kerana tiada pesakit yang lain ketika itu. Setelah selesai, kami keluar dari bilik rawatan dan barulah nampak pesakit lain di luar bilik sedang menunggu giliran. Saya membuat bayaran dan keluar dari klinik. Kami masuk ke dalam kereta dan tepat jam 2:00 petang, saya mula bergerak memandu pulang ke rumah.


Takrif khatan (berkhatan) ialah bersunat, bersuci dan masuk jawi. Anak ketiga kami berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan ialah memotong kulup iaitu kulit pada hujung kemaluan lelaki.

Saya turut berada di bilik rawatan semasa doktor lelaki dan jururawat perempuan mengkhatankan anak saya. Teknik berkhatan yang dilakukan oleh Klinik Thaqif ialah teknik laser dengan menggunakan peralatan terkini untuk memotong kulit dan menghentikan darah. Harga yang perlu dibayar untuk seorang pesakit ialah sebanyak RM180.00 sahaja. Pakej termasuk ubat dan konsultasi.

Rawatan dan penjagaan selepas berkhatan amat penting. Oleh itu, pengetahuan dan peranan ibu bapa dalam melakukan rawatan dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Pesakit dinasihatkan berehat dan elakkan daripada melakukan aktiviti lasak serta elakkan kekerapan ereksi (ketegangan) penis. Juga dinasihatkan mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak klinik. Tiada pantang larang yang khusus bagi pemakanan dan minuman. Walau bagaimanapun, pesakit boleh juga mengikuti petua-petua atau adat kebiasaan orang Melayu seperti mengurangkan pengambilan udang, belacan, telur dan sebagainya.

Ada sesetengah pesakit mengalami pembengkakan. Perkara ini adalah biasa selagi tiada jangkitan. Bengkak tersebut akan mengecil dengan sendiri. Tindakan yang paling mudah dilakukan oleh pesakit adalah dengan mengurangkan aktiviti seperti berlari atau aktiviti-aktiviti lain yang boleh mempengaruhi pembengkakan. Sekiranya dalam beberapa hari bengkak tersebut semakin membesar, segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.