Isnin, 21 Disember 2020

PKPB Selangor Disambung 21 Disember 2020 Kecuali Di 3 Daerah

Kajang, 21/12/2020 - Peningkatan kes baharu iaitu kes positif Covid-19 di Selangor ialah 481 orang pada 16/12/2020 (Rabu), 368 orang pada 17/12/2020 (Khamis), 692 orang pada 18/12/2020 (Jumaat), 401 orang pada 19/12/2020 (Sabtu) dan 441 orang pada 20/12/2020 (Ahad).

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah beberapa kali melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor. Ketika negara Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kali kedua (1 September hingga 31 Disember 2020), PKPB berkuat kuasa semula di mukim Klang mulai 9 Oktober 2020. Kemudian, PKPB di seluruh Selangor berkuat kuasa mulai 14 hingga 27 Oktober 2020. PKPB Selangor dilanjutkan sehingga 9 November 2020. PKPB Selangor dilanjutkan sehingga 6 Disember 2020. PKPB Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020 kecuali di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. PKPB Selangor dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 kecuali di daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-279.

Mulai hari pertama (Rabu, 18 Mac 2020), PKP telah berkuat kuasa di seluruh Malaysia dan hari ini (Isnin, 21 Disember 2020) ialah PKP hari ke-279. Ketika ini, PKPB, PKPP dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berlaku serentak di negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang lain. Pergerakan rentas daerah/ negeri (PKPB dan PKPP) dibenarkan di seluruh negara setakat ini kecuali kawasan PKPD. Rentas daerah/ negeri tidak memerlukan kebenaran polis. Tiada had jumlah di dalam kenderaan. Kapasiti berdasarkan tempat duduk kenderaan tersebut.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.