Sabtu, 26 Disember 2020

Percutian ke Cameron Highlands 2020

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Ia merupakan salah satu kawasan tanah tinggi yang terletak di Pahang. Kami telah beberapa kali pergi ke Cameron Highlands sebelum ini. Malam pertama kami menginap di sebuah pangsapuri (apartment) tiga bilik tidur. B5-3-10 (Blok B5 - Tingkat 3 - Nombor 10), Perumahan Makmur Cameron Jaya, Jalan PMCJ 8, 39000 Tanah Rata. Malam kedua kami menginap di sebuah pangsapuri (apartment) tiga bilik tidur juga (Nombor 508), Villa Dahlia, Lot 214, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata.

Khamis, 24 Disember 2020 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah di Taman Tempoyang Damai, Kuala Lipis pada jam 8:55 pagi. Saya memandu Proton Exora sejauh kira-kira 125 kilometer ke Tanah Rata, Cameron Highlands dan sampai ke kawasan itu kira-kira jam 11:15 pagi. Kami terus ke kawasan Perumahan Makmur Cameron Jaya tetapi tidak mendaftar masuk lagi. Cuma membuat tinjauan di kawasan berkenaan dan makan tengah hari di restoran Pak Tam's Putrajaya 2 di Blok B5. Pergi ke Kampung Taman Sedia dan meletakkan kenderaan di Surau al-Hidayah. Berjalan kaki dan membeli sedikit barang termasuk buah strawberi. Kembali ke Perumahan Makmur Cameron Jaya. Kami mendaftar masuk ke Homestay pada jam 3:00 petang. Kadar sewanya ialah RM250.00 (perbankan internet Maybank Islamic pada 21/12/2020). Solat, berehat dan keluar semula. Kami pergi ke Brinchang meninjau kawasan. Hanya sempat singgah ke Kea Farm dan stesen minyak Petronas kerana hari sudah malam. Perjalanan akan disambung esok. Pulang ke pangsapuri dan solat. Saya turun membeli makanan di restoran Nasi Kandaq Kuah Banjir di Blok C1 dan singgah ke kedai di blok lain. Balik ke pangsapuri, makan malam, berehat dan bermalam di B5-3-10.

Jumaat, 25 Disember 2020 (hari kedua). Bangun tidur, solat dan saya turun membeli sarapan pagi di restoran Nasi Kukus Prima Maju di Blok B6. Bersarapan di B5-3-10. Kami mendaftar keluar dan meninggalkan kawasan Perumahan Makmur Cameron Jaya. Kami mendaftar masuk ke Homestay di Villa Dahlia pula. Kadar sewanya ialah RM250.00 juga. Saya memandu kenderaan untuk lawatan hari ini dan dari jalan raya di Villa Dahlia hingga ke Brinchang, berlaku kesesakan lalu lintas. Di Brinchang, kami melawat Bee Farm, Holiday's Park (makan tengah hari dan membeli barang), Cameron Square (membeli barang dan solat), Butterfly Farm, S'Corner (Central Market) dan Time Tunnel (The Local Museum). Pergi ke Maybank Islamic dan Cameron Fair Mall di Tanah Rata. Di Mall, basuh pakaian di dobi layan diri, beli kek Happy 19th Wedding Anniversary (25th December 2020) dan makan malam. Pulang ke pangsapuri, solat, berehat dan bermalam di Nombor 508.

Sabtu, 25 Disember 2020 (hari ketiga). Bangun tidur, solat dan kami bersarapan pagi di Nombor 508. Cuaca pagi ialah 16 darjah celcius. Kami mendaftar keluar dan meninggalkan kawasan Villa Dahlia. Pergi ke Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands. Makan-makan dan minum-minum serta beredar pergi. Dalam perjalanan pulang, singgah pula ke Terlajak Agro Highlands, Sungai Bisek, Agrolands di Ringlet. Jam 2:20 petang, saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak pulang dari Cameron Highlands ke Kuala Lipis.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.