Isnin, 28 Disember 2020

Cuti, Covid-19 dan Pahang 2020

Kuala Lipis, 28/12/2020 - Saya, isteri dan lima orang anak kami masih berada di rumah emak saya di daerah Lipis sempena percutian kali ini. Cuti pada tahun 2020 ini amat terhad untuk merentas negeri disebabkan penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Saya dan keluarga cuma sempat pulang ke kampung di Pahang sebanyak empat kali pada tahun 2020 kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Bulan Januari 2020, kami pulang ke kampung di Pahang kerana cuti sekolah sempena Tahun Baharu Cina. PKP belum berkuat kuasa di Malaysia. Ketika ini, kami masih berenam kerana ahli yang ketujuh (anak yang kelima) akan dilahirkan pada bulan Julai 2020.

Bulan Mac 2020, kami pulang ke kampung di Pahang sempena cuti persekolahan untuk Cuti Pertengahan Penggal 1 iaitu beberapa hari sebelum PKP Fasa 1 berkuat kuasa di seluruh Malaysia. Ketika ini, kami masih berenam kerana ahli yang ketujuh (anak yang kelima) akan dilahirkan pada bulan Julai 2020.

Bulan Ogos 2020, kami pulang ke kampung di Pahang sempena Cuti Awal Muharram 1442 yang bersambung dengan cuti persekolahan bagi Cuti Pertengahan Penggal 2. PKP Pemulihan sedang berkuat kuasa di seluruh Malaysia. Ketika ini, kami sudah bertujuh kerana ahli yang ketujuh (anak yang kelima) telah dilahirkan pada bulan Julai 2020.

Bulan Disember 2020, kami pulang ke kampung di Pahang sempena cuti persekolahan untuk Cuti Akhir Tahun. PKP Pemulihan sedang berkuat kuasa di Pahang. PKP Bersyarat pula sedang berkuat kuasa di Selangor kecuali di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor yang melaksanakan PKP Pemulihan. Ketika ini, kami sudah bertujuh kerana ahli yang ketujuh (anak yang kelima) telah dilahirkan pada bulan Julai 2020.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.