Kami bertujuh telah keluar dari negeri Selangor pada hari Rabu, 23 Disember 2020 melalui plaza tol E8 menghala ke timur dan masuk semula ke negeri Selangor pada hari ini (Rabu, 6 Januari 2021) melalui plaza tol E21 dari selatan iaitu selama 15 hari 14 malam berada di luar negeri Selangor. Di dua buah negeri (Pahang dan Melaka), 2 malam di daerah Cameron Highlands, 6 malam di daerah Lipis dan 6 malam di daerah Jasin.
Di negeri Pahang, malam pertama di Taman Tempoyang Damai, Kuala Lipis. Malam kedua di Perumahan Makmur Cameron Jaya, Tanah Rata, Cameron Highlands. Malam ketiga di Villa Dahlia, Tanah Rata, Cameron Highlands. Malam keempat, kelima dan keenam di Rancangan Tanah Pemuda Sungai Ular, Kuala Lipis. Malam ketujuh dan kelapan di Taman Tempoyang Damai, Kuala Lipis.
Perjalanan dari negeri Pahang ke negeri Melaka pada 31/12/2020 melalui Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Bahau, Gemencheh dan Jasin. Banjir besar 04/01/2021, 05/01/2021 dan 06/01/2021 berlaku di negeri Pahang (Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh) menyebabkan jalan raya terputus hubungan. Saya mengikuti perkembangan banjir tersebut dari negeri Melaka melalui talian internet.
Di negeri Melaka, malam kesembilan, kesepuluh, kesebelas, kedua belas, ketiga belas dan keempat belas di Felda Tun Ghafar Kemendor, Jasin.