Jumaat, 8 Januari 2021 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah di Kajang sebelum waktu Asar kerana daftar masuk ke resort ialah mulai jam 3:00 petang. Kami telah membayar sebanyak RM386.00 untuk penginapan 1 malam. Petang di bilik, kami sempat solat dan berehat. Malam, selepas solat, saya, anak kedua dan anak ketiga keluar membeli makanan serta minuman di Gerai Bayu Qaseh, Taman Sri Tanjung. Bawa pulang dan kami makan malam di bilik. Selepas solat, kami bertujuh bersiar-siar di kawasan tasik sebelum pulang bermalam di bilik 8217.
Sabtu, 9 Januari 2021 (hari kedua). Bangun, solat dan berehat. Sarapan pagi kami dihantar ke dalam bilik bagi mencegah penularan wabak Covid-19. Saya, anak kedua dan anak ketiga berbasikal mengelilingi tasik. Bayaran sewa RM19.00 untuk basikal 2 roda (single) dan RM40.00 untuk basikal 4 roda (double). Kedua-dua jenis basikal ini disewa selama 30 minit dan kami mengayuhnya sendiri. Kami mendaftar keluar dari blik 8217 pada jam 12:00 tengah hari. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga, kami bayarkan sewa RM28.00 untuk pedal boat di dalam tasik. Sewaan selama 30 minit. Anak sulung dan anak kedua mengayuh bot dan anak ketiga duduk di belakang. Kami bertujuh bergerak pulang. Saya memandu Proton Exora sejauh kira-kira 68.5 kilometer dari Tasik Villa International Resort ke rumah di Kajang. Kami sampai ke perkarangan rumah pada jam 2:35 petang.