Operasi percubaan tren Diesel Multiple Unit (DMU) telah melalui Stesen Keretapi Kuala Lipis menggunakan tren DMU 07 (1028 Kuala Lipis) pada bulan Mac 2021.
Pegawai dan kakitangan KTMB juga telah menjalani program latihan penyenggaran tren DMU pada bulan Mac 2021 bertempat di Depoh Tumpat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memastikan persediaan kakitangan mencukupi bagi menjamin kelancaran operasi tren DMU tidak lama lagi.
KTMB telah menaik taraf gerabak keretapi daripada konvensional kepada tren DMU untuk laluan Pantai Timur. Stesen, landasan dan laluan jambatan juga turut dinaik taraf supaya dapat menyokong operasi DMU.
Pelbagai projek naik taraf dilakukan untuk melaksanakan perkhidmatan tren baharu DMU yang lebih laju dan moden bagi menggantikan tren konvensional sedia ada sedang berjalan lancar. Teknologi DMU ini adalah dari negara China.