Jumaat, 5 Mac 2021

PKPB Selangor Ganti PKP 2.0 Mulai 5 Mac 2021

Kajang, 05/03/2021 - Di Malaysia, hari ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-353. Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah pada malam ini. Siang tadi, dua orang daripada kami bertugas di sekolah, dua orang berada di taska dan tiga orang lagi menjalankan aktiviti pembelajaran rumah. Di Selangor, PKP Bersyarat menggantikan PKP 2.0 yang berkuat kuasa hari ini. Ketika keluar rumah, gunakan pelitup muka. Pergerakan rentas daerah di dalam negeri Selangor dibenarkan semasa PKP Bersyarat yang bermula hari ini. 

PKP Pemulihan di Malaysia (1 Januari hingga 31 Mac 2021) sedang dilaksanakan dan akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan jika tiada perubahan.

PKP Diperketatkan juga masih berkuat kuasa di beberapa kawasan yang terlibat. Ia melibatkan kawasan yang lebih kecil daripada sesebuah daerah atau negeri. Cuma pelaksanaannya lebih ketat bebanding PKP yang lain kerana PKP Diperketatkan melibatkan semua orang tidak dibenarkan keluar sebab semua laluan keluar masuk ditutup. Bekalan asas dibekalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Di Selangor sahaja, kes baharu iaitu kes positif Covid-19 dari 1 hingga 5 Mac 2021 ialah 453 orang pada 01/03/2021 (Isnin), 672 orang pada 02/03/2021 (Selasa), 640 orang pada 03/03/2021 (Rabu), 630 orang pada 04/03/2021 (Khamis) dan 794 orang pada 05/03/2021 (Jumaat).

Di Malaysia (termasuk Selangor), kes baharu iaitu kes positif Covid-19 dari 1 hingga 5 Mac 2021 ialah 1828 orang pada 01/03/2021 (Isnin), 1555 orang pada 02/03/2021 (Selasa), 1745 orang pada 03/03/2021 (Rabu), 2063 orang pada 04/03/2021 (Khamis) dan 2154 orang pada 05/03/2021 (Jumaat).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.