Isnin, 1 Mac 2021

Selamat Kembali Ke Sekolah 2021 Secara Berperingkat

Kajang, 01/03/2021 - Murid-murid Prasekolah, Tahun 1 dan  2 pergi ke sekolah hari ini (Isnin, 1 Mac 2021) kerana sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka kembali bermula. Sesi persekolahan bersemuka tahun 2021 yang sepatutnya bermula pada hari Rabu, 20 Januari 2021 digantikan dengan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Bagi Kolej Vokasional, sebahagian pelajarnya juga memulakan sesi pembelajaran hari ini dan akan dibuka untuk semua peringkat pada minggu depan.

Murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 akan kembali ke sekolah pada hari Isnin, 8 Mac 2021 dan mereka masih meneruskan aktiviti PdPR pada minggu ini.

Pelajar-pelajar sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada hari Ahad, 4 April 2021 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sekolah-sekolah menengah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah akan memulakan sesi persekolahan pada hari Isnin, 5 April 2021.

Tarikh pembukaan sekolah rendah dan menengah swasta sama dengan tarikh pembukaan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peringkat serta kategori di sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta (kategori pusat) pula akan dibuka pada hari Isnin, 8 Mac 2021.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.