Ahad, 28 Februari 2021

Pemasangan Meter Bekalan Air dan Elektrik 2021

Kajang, 28/02/2021 - Hari ini merupakan hari terakhir bulan Februari bagi tahun 2021. Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah sendiri iaitu rumah pertama di Selangor. Rumah kedua terletak di Pahang dan rumah ketiga juga terletak di Selangor. Lima orang anak kami dilahirkan di Selangor. Saya dilahirkan di sebuah kampung di Kuala Lipis, Pahang dan isteri saya pula dilahirkan di sebuah kampung di Jasin, Melaka.

Pada tahun 2006, rumah teres dua tingkat dengan keluasan 18 kaki x 55 kaki telah dibuka untuk jualan dengan harga RM144,150 (Pegangan Bebas). Keluasan binaan dalaman pula ialah kira-kira 1155 kaki persegi. Kami membelinya dan mula berpindah ke rumah sendiri pada tahun 2008 serta tinggal di sini hingga ke hari ini. Rumah ini mempunyai 3 buah bilik tidur, 3 buah bilik air, bilik serbaguna, ruang tamu, ruang makan, dapur dan anjung kereta. Kami telah membuat beberapa pengubahsuaian untuk rumah ini sejak tinggal di sini.

Pada tahun 2015, saya berminat dengan pelaburan hartanah kerana harga rumah bertanah biasanya nilai pasaran akan meningkat lebih cepat berbanding dengan rumah pangsa. Masa itu, saya mula membayar RM1,000.00 deposit untuk tempahan membeli sebuah rumah teres setingkat dengan keluasan 20 kaki x 65 kaki. Ia telah dibuka untuk jualan dengan harga RM200,000 (Rizab Melayu dan Hak Milik Kekal). Keluasan binaan dalaman pula ialah kira-kira 900 kaki persegi. Rumah ini mempunyai 3 buah bilik tidur, 2 buah bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur dan anjung kereta. Selepas projek perumahan ini siap, saya telah mengambil kunci rumah pada 29 November 2017.

Pada tahun 2020, saya dan isteri berminat lagi dengan pelaburan hartanah kerana harga rumah bertanah biasanya nilai pasaran akan meningkat lebih cepat berbanding dengan rumah pangsa. Julai 2020, kami sudah bertujuh beranak iaitu saya, isteri dan lima orang anak. Kami telah membayar deposit untuk tempahan membeli sebuah rumah teres dua tingkat dengan keluasan 20 kaki x 65 kaki. Ia hendak dijual oleh pemiliknya melalui ejen hartanah dengan harga RM460,000 (Pegangan Bebas). Keluasan binaan dalaman pula ialah kira-kira 1,925.75 kaki persegi. Rumah ini mempunyai ruang keluarga di tingkat atas, 3 buah bilik tidur, 3 buah bilik air, bilik serbaguna, ruang tamu, ruang makan, dapur dan anjung kereta. Selepas beberapa urusan pembayaran siap, kami telah mengambil kunci rumah pada 18 Februari 2021.

Saya telah membuat urusan pemasangan meter bekalan air dan elektrik pada bulan ini. Urusan-urusan yang lain akan disambung pada bulan Mac 2021 kerana hari ini ialah hari terakhir bulan Februari 2021. RM162.10 untuk pemasangan bekalan air dan RM513.00 untuk pemasangan bekalan elektrik. Keterangan caj Air Selangor ialah cagaran (RM100.00), pemasangan meter (RM40.00), pemprosesan (RM2.08), stamping (RM20.00) dan penggenapan (RM0.02). Keterangan caj Tenaga Nasional Berhad pula ialah wang cagaran (RM500.00), caj meter (RM0.00), caj pemprosesan (RM3.00), duti setem (RM10.00) dan penggenapan (RM0.00).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.