Rabu, 28 April 2021

Perodua Ativa 2021

Kajang, 28/04/2021 - Saya sedang berada di rumah. Waktu tengah hari tadi, saya telah memandu kereta jenis Perodua Kelisa dari sekolah ke rumah kerana masa pulang pada bulan Ramadhan lebih awal daripada bulan-bulan yang lain. Perodua Kelisa tahun 2006 dipandu melalui Jalan Semenyih, masuk ke LEKAS (Lebuhraya Kajang - Seremban) tanpa melalui plaza tol kerana ia bersambung dengan Pintasan Kajang - Semenyih (By Pass) dan Persiaran Saujana Impian.

Tahun 2021, Perodua (Perusahaan Otomobil Kedua) Sdn Bhd telah melancarkan model baharu SUV (Sport Utility Vehicle) iaitu Kenderaan Utiliti Sukan pada awal bulan Mac 2021. Perodua Ativa merupakan model Kenderaan Cekap Tenaga atau EEV (Energy Efficient Vehicles) yang mempunyai enjin turbo 1.0L tetapi prestasinya sama dengan 1.5L dengan kecekapan bahan api yang tinggi. Ia dibina menggunakan suspensi dan 'underbody' yang baru dibangunkan dikenali sebagai platform Daihatsu New Global Architecture. Kenderaan ini mempunyai badan yang lebih ringan dan lebih kuat.

Harga Perodua Ativa ialah RM61,500, RM66,100 dan RM71,200 untuk tiga varian. Harga ini sah sehingga pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30 Jun 2021. Perodua Ativa 1.0 X (RM61,500), Perodua Ativa 1.0 H (RM66,100) dan Perodua Ativa AV (RM71,200).

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.