Saya sempat membeli barang-barang keperluan rumah semasa cuti pada hari ini. Petang semalam, kami dari rumah SI ke rumah TJ. Pagi tadi, saya keluar seorang diri memandu kenderaan dan ahli keluarga ditinggalkan di rumah TJ. Sempat membeli barang-barang keperluan rumah di pasar mini, kedai perabot, pasar segar dan sebuah kedai baharu keperluan rumah yang baru beroperasi mulai hari ini. Oleh kerana di Selangor sekarang masih berkuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi mencegah penularan wabak Covid-19, kami tidak boleh merentas negeri dan tidak dapat berada di rumah TTD.
Tema sambutan Hari Pekerja di Malaysia pada tahun ini ialah Pembudayaan Normal Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat adalah bertetapan dengan keadaan semasa. Seluruh dunia masih berdepan dengan penularan wabak Covid-19. Kerajaan Malaysia berusaha untuk memastikan golongan pekerja mendapat manfaat daripada peruntukan yang besar melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi. Ini adalah untuk memastikan bukan sahaja nyawa rakyat dapat dilindungi tetapi pekerja akan terus memperolehi perlindungan aspek ekonomi untuk meneruskan kehidupan.