Sambutan Hari Guru Tahun 2021 seperti tahun 2020, amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana seluruh dunia masih mencegah penularan wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019). Sekolah-sekolah di Malaysia masih bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dan sedang berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana hari esok akan diteruskan dengan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Di Malaysia, PKP telah berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020. Hari ini ialah PKP hari ke-425 (Ahad, 4 Syawwal 1442).
Dalam Ucapan Khas Hari Guru oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia kira-kira jam 10:00 pagi tadi antaranya ialah guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian terutamanya apabila PdPR dilaksanakan sejak tahun 2020. Namun, ramai di kalangan guru yang berjaya menghasilkan pelbagai bentuk bahan PdP bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran. Ia merupakan kaedah pembelajaran normal baharu.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Objektif Hari Guru Malaysia. 1-Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 2-Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 3-Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. 4-Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 5-Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. 6-Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Ikrar Hari Guru. Bahawasanya kami. Guru-guru negara Malaysia. Dengan ini berikrar. Mendukung terus cita-cita kami. Terhadap tugas kami. Dan menyatakan keyakinan kami. Pada cita-cita murni pekerjaan kami. Kami akan berbakti. Kepada masyarakat. Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung. Perlembagaan negara. Kami mengamalkan. Prinsip-prinsip Rukun Negara. Pada setiap masa.