Peperiksaan UPKK adalah penting untuk murid-murid sekolah rendah yang hendak menyambung pelajaran mereka ke sekolah-sekolah agama peringkat menengah di seluruh Malaysia.
Oleh kerana wabak Covid-19 (coronavirus disease 2019) masih menular di seluruh dunia, Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA) menggantikan peperiksaan UPKK yang bermula hari ini (15 November 2021) hingga 30 November 2021.
MPKAFA tahun 2021 dijalankan bagi menggantikan subjek bertulis dan dilaksanakan serentak di seluruh negara termasuk murid-murid Tahun 5 calon peperiksaan 2020 yang tertangguh peperiksaan mereka. Ini bermaksud calon-calon peperiksaan UPKK tahun 2020 dan 2021 menjalani MPKAFA pada kali ini.