Sabtu, 6 November 2021

Cuti-cuti Pahang November 2021

Saya, isteri dan lima orang anak kami kali terakhir berada di rumah TTD (rumah sendiri) di Pahang ialah pada 31 Disember 2020. Kami dapat kembali berada di rumah TTD pada 2 November 2021 semasa Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pahang dan Selangor. PPN secara berfasa yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan mengeluarkan Malaysia daripada kemelut pandemik Covid-19 (coronavirus disease 2019) dengan selamat. Ketika tidak boleh berada di rumah TTD kerana tidak boleh merentas negeri pada masa berkenaan, kami bertujuh hanya berulang-alik dari rumah SI ke rumah TJ dan sebaliknya.

Cuma anak sulung tidak dapat menyertai kami kali ini bercuti di Pahang November 2021 kerana dia telah pulang ke asrama sekolah menengah agama pada 17 Oktober 2021 dan tidak pulang bercuti pada cuti umum hari Deepavali (3, 4 dan 5 November 2021). Anak kedua pula akan pulang ke asrama sekolah yang sama pada 7 November 2021.

Selasa, 2 November 2021 (hari pertama). Saya, isteri dan anak-anak kami keluar dari rumah SI di Kajang selepas kelas mengajar melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Anak-anak boleh menyertai kelas belajar melalui PdPR di dalam kenderaan. Saya memandu kenderaan di beberapa lebuh raya. Ketika melalui Plaza Tol Bentong di Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (E8) kami meneruskan perjalanan dan keluar di Simpang Mempaga (Exit 809) masuk ke Central Spine Road (CSR) iaitu Jalan Central Spine. Jalan Pintas Bentong (Bypass) sudah siap hingga ke simpang Kampung Lebu. Pembinaan CSR ke Raub dan Kuala Lipis belum siap sepenuhnya dan masih belum dibuka. CSR ialah lebuh raya tanpa tol empat lorong. Dari CSR simpang Kampung Lebu untuk ke Raub dan Kuala Lipis, kami masuk ke jalan raya di Laluan Persekutuan 8 (Lebuhraya Kuala Lumpur - Gua Musang) dua lorong. Berhenti solat, makan dan minum di Hentian Rehat dan Rawat Benta. Bergerak semula dan sampai ke rumah TTD kira-kira jam 3:00 petang. Sebelum waktu Maghrib, saya sempat melihat lintasan projek CSR di Kuala Lipis. Pakej 4 dari Kampung Relong ke Raub (Seksyen 4A dari Kampung Relong ke Ladang Jerkoh). Bermalam di TTD.

Rabu, 3 November 2021 (hari kedua). Kami sekeluarga pergi ke bandar. Minum pagi di kedai makan berhampiran Stesen Kereta Api Kuala Lipis. Kami membeli juga barang-barang untuk dibawa ke rumah emak saya. Waktu tengah hari masih berada di bandar. Selepas itu, kami ke rumah emak. Tidak lama kemudian, adik ketiga saya sekeluarga juga tiba di rumah emak. Petang, saya pergi seorang diri ke rumah TTD. Pergi ke kedai dan kembali ke rumah emak. Bermalam di rumah emak di RTP SU.

Khamis, 4 November 2021 (hari ketiga). Kami cuma berada di rumah emak. Anak-anak saya dan anak saudara ada pergi berjalan kaki ke kedai di dalam kampung. Bermalam di rumah emak di RTP SU.

Jumaat, 5 November 2021 (hari keempat). Saya, isteri, anak keempat dan anak kelima sahaja pergi ke rumah TTD. Saya keluar seorang diri pergi ke bandar Kuala Lipis. Membeli barang-barang keperluan. Balik ke rumah TTD. Keluar semula seorang diri kerana bersolat Jumaat di Masjid Saiyidina Ali bin Abi Talib, Kampung Tempoyang. Singgah ke kedai di bandar dan pulang ke rumah TTD. Kami berempat kembali ke rumah emak di RTP SU. Adik keempat saya sekeluarga sudah berada di rumah emak. Selepas makan malam di rumah emak, saya, isteri dan anak-anak bermalam di rumah TTD.

Sabtu, 6 November 2021 (hari kelima). Waktu pagi, saya, isteri dan anak-anak bertolak dari rumah TTD Pahang untuk pulang ke rumah SI di Selangor. Dari Laluan Persekutuan 8 (Lebuhraya Kuala Lumpur - Gua Musang) dua lorong, saya memandu masuk ke Jalan Pintas Bentong (Bypass) di CSR. Kami melalui simpang masuk Kampung Lebu ke Bulatan Mempaga sejauh 13.2 kilometer. Baki 8.8 kilometer untuk masuk ke Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (E8) menuju ke ibu negara Malaysia. Berhenti makan, minum dan solat di Kawasan Rehat dan Rawat Genting Sempah. Bergerak semula di beberapa lebuh raya dan sampai ke rumah SI kira-kira jam 4:00 petang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.