Isnin, 1 November 2021

Tahap 1 Sekolah Rendah Di Selangor Mulai 1 November 2021

Kajang, 01/11/2021 - Operasi pembukaan sekolah rendah bagi murid-murid sekolah yang berada di Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) bermula hari ini (Isnin, 1 November 2021) di Selangor. Ia merupakan permulaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah mengikut penggiliran selepas peralihan dari Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa 4 PPN untuk Selangor mulai hari Isnin, 18 Oktober 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.

PPN secara berfasa yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan mengeluarkan Malaysia daripada kemelut pandemik Covid-19 (coronavirus disease 2019) dengan selamat. Pelanpemulihannegara.gov.my ialah Portal Rasmi PPN (Malaysia Menang Bersama).

Di Selangor, murid-murid sekolah rendah yang berada di Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) pula akan bermula pada hari Isnin, 8 November 2021 untuk permulaan sesi PdP di sekolah mengikut penggiliran selepas cuti hari Deepavali pada 3, 4 dan 5 November 2021 (Rabu, Khamis dan Jumaat).

Ini bermaksud pada tarikh 1 dan 2 November 2021 (Isnin dan Selasa) di Selangor, murid-murid sekolah rendah di Tahap 1 menjalankan sesi PdP di sekolah mengikut penggiliran dan murid-murid sekolah rendah di Tahap 2 masih menjalankan sesi PdP di Rumah (PdPR) iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.