PKP dan PPN secara berfasa yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan mengeluarkan Malaysia daripada kemelut pandemik Covid-19 (coronavirus disease 2019) dengan selamat.
Awal November 2021, kami berenam sahaja sebab anak sulung berada di asrama sekolah. Pulang ke kampung di Pahang kerana cuti sekolah sempena Deepavali (3, 4 dan 5 November 2021). Tarikh tersebut ialah pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Cuti sempena Deepavali bersambung dengan tarikh 6 dan 7 November 2021 (hari Sabtu dan Ahad).
Pertengahan Disember 2021, kami bertujuh. Pulang ke kampung di Pahang sempena cuti persekolahan untuk Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022 (mulai 11 Disember 2021 dan dilanjutkan hingga 9 Januari 2022 kerana banjir besar). Kami kembali ke Selangor lebih awal kerana saya ada janji temu di sebuah klinik seperti yang dimaklumkan dalam aplikasi MySejahtera.
Akhir Disember 2021, kami bertujuh. Pulang ke kampung di Pahang sempena cuti persekolahan untuk Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022 juga (mulai 11 Disember 2021 dan dilanjutkan hingga 9 Januari 2022 kerana banjir besar). Bandar Kuala Lipis telah dilanda banjir besar kali kedua tahun ini. Kali pertama pada bulan Januari 2021 dan kali kedua pada bulan Disember 2021.