Sabtu, 1 Januari 2022

Percutian ke Cameron Highlands 2021/2022

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Ia merupakan salah satu kawasan tanah tinggi yang terletak di Pahang. Kami telah beberapa kali pergi ke Cameron Highlands sebelum ini. Kami menginap selama dua malam di sebuah pangsapuri (apartment) tiga bilik tidur. C4-3-13 (Blok C4 - Tingkat 3 - Nombor 13), Perumahan Makmur Cameron Jaya, Jalan PMCJ 6, 39000 Tanah Rata.

Khamis, 30 Disember 2021 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah TTD di Kuala Lipis pada jam 10:21 pagi. Saya memandu Proton Exora sejauh kira-kira 125 kilometer ke Tanah Rata, Cameron Highlands. Sebelum itu, sempat berhenti di beberapa tempat seperti Hentian Rehat Betau, sempadan daerah Lipis/ daerah Cameron Highlands dan stesen minyak Petronas, Ringlet. Kami terus ke kawasan Perumahan Makmur Cameron Jaya dan mendaftar masuk ke Homestay (C4) pada jam 1:15 petang. Kadar sewanya untuk dua malam ialah RM500.00 (perbankan internet Hong Leong Islamic Bank pada 29/12/2021). Solat, berehat dan keluar semula. Kami berjalan kaki ke Al Raudah Spices (C1) dan makan serta minum di situ. Kembali ke Homestay. Naik kenderaan, pergi ke Animal Feeding Rainbow Garden di Tanah Rata dan Ladang Teh BOH Sungai Palas. Ada juga singgah ke kedai di tepi jalan ketika dalam perjalanan dari Brinchang ke Tanah Rata. Pulang ke Homestay dan solat. Saya bersama anak kedua berjalan kaki membeli makanan serta minuman di restoran Sinar Hijjaz (B8), restoran Pak Tam's Putrajaya (C2) dan Emina Fresh Mart (C4). Balik ke Homestay dan makan malam. Saya turun semula berjalan kaki membeli barang di Pasar Raya Cameron Jaya (C3). Pulang ke Homestay, berehat dan bermalam di C4-3-13.

Jumaat, 31 Disember 2021 (hari kedua). Bangun tidur, solat dan bersarapan pagi di Homestay. Berjalan kaki ke kedai dobi AR Laundry (C4) dan membasuh serta mengeringkan pakaian. Beberapa kali turun dan naik ke kedai dobi layan diri sebab sama blok dengan Homestay. Naik kenderaan ke Brinchang, pergi ke Cameron Square Nova, Cat House, makan tengah hari di Shah Heaven Food, sekeluarga naik keretapi kecil di T T Cameron Park, solat dan masuk ke Muzium 3D. Hari sedang hujan. Saya seorang diri singgah ke Pasar Malam Golden Hills ketika dalam perjalanan dari Brinchang ke Tanah Rata. Pulang ke Homestay, solat, makan malam, berehat dan bermalam di C4-3-13.

Sabtu, 1 Januari 2022 (hari ketiga). Bangun tidur, solat, bersarapan pagi dan saya berjalan kaki ke kedai dobi AR Laundry (C4). Saya naik kenderaan pergi ke Maybank Islamic di Tanah Rata. Beli makanan di Gerai Makan Ibu berhampiran bank. Kembali ke Perumahan Makmur Cameron Jaya dan saya singgah ke Adik Aisyah Mini Market (B7) sebelum pulang ke Homestay. Cuaca pagi ialah 15 darjah celcius. Kami mendaftar keluar dari Homestay dan meninggalkan kawasan Blok C4 kira-kira jam 11:00 pagi. Pergi ke Lavender Garden yang menghala ke Brinchang. Jaraknya ialah 15 kilometer dari Blok C4 Perumahan Makmur Cameron Jaya ke Lavender Garden. Dalam perjalanan pulang, singgah ke kedai di tepi jalan, McDonald's (Drive-thru) Brinchang, makan di dalam kenderaan, berhenti sekejap di Tanah Rata dan menunaikan solat di Masjid an-Nur, Ringlet. Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak pulang dari Cameron Highlands ke Kuala Lipis. Akhirnya kami sampai ke rumah emak saya di RTP SU sebelum hujan turun dengan lebatnya.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.