Selasa, 14 Disember 2021

Pengesahan Hak Milik Kenderaan 2021

Bangi, 14/12/2021 - Saya telah pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Cawangan Bangi di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Saya ke sini kerana Pos Malaysia di Kawasan Rehat dan Rawat, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) tiada stok untuk memperbaharui cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Berpandukan imbasan melalui telefon pintar daripada aplikasi MySejahtera, saya telah mendaftar masuk ke JPJ pada jam 10:28 pagi dan mendaftar keluar pada jam 11:01 pagi.

Di kaunter nombor giliran, saya memberitahu kepada orang yang menjaga kaunter untuk membuat urusan memperbaharui LKM dan pengesahan hak milik kenderaan.

Pembatalan Melalui Sistem FIS (Financial Information Services) iaitu Perkhidmatan Maklumat Kewangan yang mengesahkan kenderaan tersebut adalah hak milik saya. Maksudnya ia dibatalkan daripada hak milik yang dituntut oleh pihak bank yang sebelum ini memberi pinjaman untuk membeli kenderaan.

Sebenarnya bayaran pinjaman kereta saya telah habis dibayar pada bulan Disember 2015 dan surat pengesahan hak milik kenderaan yang dicetak pada Januari 2016 telah diterima. Cuma hari ini kebetulan datang untuk memperbaharui LKM dan Perakuan Pendaftaraan Kenderaan ada di tangan saya. Jadi, saya sempat membuat dua urusan secara serentak di JPJ.

Pada Perakuan Pendaftaraan Kenderaan di bahagian hak milik dituntut oleh Malayan Banking Berhad (Maybank Islamic) Kajang telah dicap Pembatalan Melalui Sistem FIS (JPJ Cawangan Bangi), Road Transport Department.

Saya berjalan kaki ke sebuah klinik yang terletak tidak jauh dari sini kerana ada janji temu yang telah dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera, Mesej Pesanan Ringkas dan WhatsApp. Saya masih dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.