Isnin, 13 Disember 2021

D' Bilut Agrofarm & Retreat 2021

Bentong, 13/12/2021 - Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di D' Bilut Agrofarm & Retreat pada hari ini (Isnin, 13 Disember 2021). Jarak dari rumah TTD di Kuala Lipis ke sini ialah 72 kilometer sahaja. Bayaran masuk untuk tujuh orang ahli keluarga ialah ahli 1 (RM10.00), ahli 2 (RM10.00), ahli 3 (RM10.00), ahli 4 (RM10.00), ahli 5 (RM5.00), ahli 6 (percuma) dan ahli 7 (percuma).

D' Bilut Agrofarm & Retreat terletak di Lot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang. Dari jalan besar masuk ke sini ialah sejauh 500 meter sahaja. Bayaran masuk yang dinyatakan di pintu masuk untuk dewasa/ atas 12 tahun (RM10.00), kanak-kanak (RM5.00), warga emas (RM5.00) dan bawah 3 tahun (percuma).

Dari pintu masuk berjalan kaki singgah ke tandas, melihat kolam, itik, patung besar dinosaur (T-Rex) yang boleh bergerak, solat di surau (masjid) Nik Hassan, menjamu selera di kafe dengan menu istimewa daging rusa serta kambing, menengok rusa, kelulut, taman herba, burung merak, kura-kura gergasi, burung kakaktua, jenis-jenis monyet kecil, arnab, kucing, rakun, ayam belanda, kambing, biri-biri, burung unta, patung besar dinosaur (Brachiosaurus) yang boleh bergerak, singgah ke tandas dan keluar di sebelah pintu masuk tadi.

Berpandukan imbasan melalui telefon pintar daripada aplikasi MySejahtera saya, kami telah mendaftar masuk pada jam 12:48 tengah hari dan mendaftar keluar pada jam 4:22 petang.

Kami bertujuh meneruskan perjalanan ke Kajang setelah berada 3 hari 2 malam di daerah Lipis. Esok (Selasa, 14 Disember 2021) saya ada janji temu di sebuah klinik. Kami masih dalam Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.