Jumaat, 10 Disember 2021

Sekolah dan Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022

Kajang, 10/12/2021 - Dua buah bas dari sebuah sekolah menengah agama di daerah Jelebu telah sampai ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat pada jam 4:25 petang. Saya telah sampai sebelum kedua-dua bas tersebut sampai. Kedua-dua orang anak saya turun dari dua bas berkenaan dan kami pulang ke rumah.

Hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolahan pada bulan Disember 2021 untuk negeri-negeri kumpulan B kerana esok bermula Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022. Negeri-negeri kumpulan A pula hari ini telah bermula cuti persekolahan tersebut.

Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Negeri-negeri kumpulan A bercuti sekolah untuk Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022 mulai Jumaat, 10 Disember 2021 hingga Sabtu, 1 Januari 2022. Negeri-negeri kumpulan B bercuti sekolah untuk Cuti Penggal 3, Sesi 2021/2022 mulai Sabtu, 11 Disember 2021 hingga Ahad, 2 Januari 2022.

Maksudnya ialah negeri-negeri kumpulan A mula bersekolah untuk sesi persekolahan penggal 3, sesi 2021/2022 pada hari Ahad, 2 Januari 2022 dan negeri-negeri kumpulan B mula bersekolah untuk sesi persekolahan penggal 3, sesi 2021/2022 pada hari Isnin, 3 Januari 2022.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.