Saya memandu kereta keluar dari kawasan Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Lebuhraya Baru Pantai (E10), Jalan Pantai Baharu dan masuk ke Lebuhraya Persekutuan serta Lebuhraya Hubungan Timur - Barat (E37). Kemudian, saya memandu kereta di Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan melalui Plaza Tol Batu 9 (RM1.30). Saya meneruskan pemanduan di E7 dan terus bersambung dengan Persiaran Saujana Impian. Saya membelok ke Persiaran Impian Perdana dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan serta selamat sampai ke rumah.
Saya pulang ke rumah selepas tamat program rakaman bagi siaran Konsert Minggu Ini, NazreyXHijjaz di Auditorium Perdana. Ia akan disiarkan pada hari Sabtu, 2 April 2022 bersamaan dengan 30 Syaaban 1443 di RTM (TV2 atau TV1). Rakan-rakan nasyid yang terlibat ialah kumpulan Hijjaz dan Nazrey Johani.