Ahad, 13 Mac 2022

Percutian ke Putrajaya 2022

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Putrajaya selama 2 hari 1 malam. Cuma hari ketiga sudah sampai di rumah TJ selepas hari kedua bertolak dari Ayer@8 Putrajaya. Pada bulan Mac 2022 ini, kami bertujuh sempat berada di tiga buah rumah sendiri iaitu di SI, TTD dan TJ. Putrajaya merupakan tempat percutian di kawasan bandar yang terletaknya pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Putrajaya ialah Bandar Dalam Taman. Kami menginap di sebuah pangsapuri tiga bilik tidur (homestay), B-3-5 (Blok B - Tingkat 3 - Nombor 5), Tamara Residence, Jalan Temoleh P8/4, Presint 8, 62000 Putrajaya. Ada beberapa buah keluarga emak mentua saya juga menginap di sini. Saya, isteri dan anak-anak sedang bercuti sempena cuti persekolahan untuk Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022.

Jumaat, 11 Mac 2022 (hari pertama). Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran yang ketiga anak keempat kami. Umurnya cukup tiga tahun pada hari ini. Saya, isteri, lima orang anak kami dan emak mentua saya bertolak dari rumah TJ dan sampai ke Putrajaya selepas saya memandu Proton Exora dari Kajang. Kami bergerak merentasi jalan-jalan di taman perumahan dan masuk ke Lebuhraya Kajang SILK (E18), Plaza Tol Sungai Ramal - E18 (RM1.80), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Persiaran Utara, Lebuh Sentosa serta melalui jalan-jalan yang lain. Keluarga Kak Cik sudah berada di kediaman B-3-5. Selepas keluarga kami sampai, keluarga Bang Y sampai sebelum waktu Maghrib dan keluarga Bang Ajei pula sampai pada waktu Maghrib. Saya memimpin jemaah solat Maghrib. Kami dengan tiga buah kenderaan pergi ke sebuah restoran di Nelayan Kitchen yang terletak di Ayer@8 Putrajaya. Saya meletakkan kenderaan di hujung Jalan P8G/13, Presint 8. Keluarga Siti Hawa (anak saudara isteri saya) dan keluarga Kak Ina sampai terus ke restoran. Kami makan malam di sini sambil menyambut hari kelahiran bagi mereka yang lahir pada bulan Mac iaitu anak keempat saya, emak mentua saya, Kak Cik serta suami dan suami kepada Kak Ina. Selepas makan, kami bersiar-siar di tepi Tasik Putrajaya. Keluarga Siti Hawa, keluarga Kak Ina dan keluarga Bang Ajei pulang ke rumah masing-masing. Emak mentua saya, keluarga Kak Cik, keluarga kami dan keluarga Bang Y kembali ke kediaman B-3-5. Solat dan bersedia untuk bermalam di sini.

Sabtu, 12 Mac 2022 (hari kedua). Bangun, solat Subuh berjemaah dan berehat. Saya, isteri, anak keempat dan anak kelima kami keluar dengan kenderaan serta membeli sarapan pagi di Restoran ZF Ore Kampung, Jalan P8G/1, Presint 8. Pulang ke Tamara Residence dan bersarapan pagi di kediaman B-3-5. Saya, isteri, lima orang anak kami dan emak mentua saya bertolak dari Putrajaya ke rumah TJ. Keluarga Bang Y dengan kenderaan mereka mengikut kami dari belakang. Keluarga Kak Cik yang paling akhir meninggalkan Putrajaya. Saya memandu kenderaan di Jalan Temoleh P8/4, Jalan P8G, Jalan P8H, Lebuh Wawasan, Lebuh Sentosa, Persiaran Utara, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Lebuhraya Kajang SILK (E18), Plaza Tol Sungai Ramal - E18 (RM1.80), Plaza Tol Bukit Kajang - E18 (RM1.80), Jalan Semenyih dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan. Keluarga Bang Y mengikut kami sampai ke rumah TJ. Emak mentua saya mengambil beg pakaian dari rumah kami dan menaiki kenderaan keluarga Bang Y pula untuk bercuti ke negeri lain.

Pusingan kedua. Sabtu, 12 Mac 2022 (hari kedua). Saya, isteri dan lima orang anak kami ke rumah SI sebelum waktu Maghrib. Selepas solat Maghrib, kami keluar hendak ke Putrajaya lagi. Saya memandu Proton Exora merentasi jalan-jalan di taman perumahan serta melalui Persiaran Impian Perdana, Persiaran Saujana Impian, Lebuhraya Cheras - Kajang (E7), Lebuhraya Kajang SILK (E18), Plaza Tol Sungai Balak - E18 (RM1.80), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Persiaran Utara, Lebuh Sentosa, Jalan P8H, Jalan P8G dan Jalan P8G/13. Saya meletakkan kenderaan di hujung Jalan P8G/13, Presint 8. Kami ke sebuah restoran di Teh Tarik Place yang terletak di Ayer@8 Putrajaya. Makan malam di sini selepas saya membayar sebanyak RM84.65 untuk harga makanan dan minuman menggunakan aplikasi eWallet. Tempah makanan serta minuman di kaunter, bayar, juadah dihantar ke meja dan makan. Selepas makan, kami bersiar-siar di tepi Tasik Putrajaya. Dua orang anak sempat mengayuh dua buah basikal. Tiba masa untuk pulang ke rumah. Saya memandu kenderaan meninggalkan Ayer@8 Putrajaya melalui Jalan P8G/13, Jalan P8G, Jalan P8H, Lebuh Wawasan, Lebuh Sentosa, Persiaran Utara, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (E26), Lebuhraya Kajang SILK (E18), Jalan Sungai Chua, Jalan Semenyih dan merentasi jalan-jalan di taman perumahan.

Ahad, 13 Mac 2022 (tambahan). Tepat jam 12:00 tengah malam, Proton Exora yang saya pandu telah sampai di depan pintu pagar rumah TJ selepas memandu sejauh 22.3 kilometer dari Ayer@8 Putrajaya. Saya, isteri dan lima orang anak kami masuk ke dalam rumah, solat dan tidur.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.