Sabtu, 5 Mac 2022

Percutian ke Melaka 2022

Saya, isteri, lima orang anak kami dan emak mentua saya telah bercuti di daerah Melaka Tengah selama 2 hari 1 malam. Ia merupakan tempat pecutian di kawasan pantai. Kami menginap di pangsapuri bernombor 309, Riviera Bay Resort Condominium, Jalan Tanjung Kling, 76400 Melaka. Rumah pangsa yang mempunyai ruang dapur, dua buah bilik tidur, dua buah bilik air (tandas) dan ruang tamu yang menpunyai sofa berbentuk katil. Sebuah katil kelamin dan sebuah katil bujang di biik tidur pertama serta dua buah katil bujang di bilik tidur kedua. Tempahan bilik dan bayaran dibuat dalam talian (RM223.88). Saya, isteri dan anak-anak sedang bercuti sempena cuti persekolahan untuk Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022.

Jumaat, 4 Mac 2022 (hari pertama). Kami bertujuh dan emak mentua saya bertolak dari daerah Jasin serta sampai ke perkarangan Riviera Bay Resort Condominium pada jam 5:15 petang selepas saya memandu Proton Exora yang jaraknya kira-kira 46 kilometer. Jalan-jalan raya yang dilalui oleh kenderaan kami ialah Jalan Bunga Matahari, Jalan Bunga Raya, Jalan Felda Air Kangkung, Jalan Selandar - Alor Gajah, Jalan Simpang Gading - Ayer Pasir, Jalan Durian Tunggal - Simpang Gading, Jalan Tangkak - Durian Tunggal, Jalan Padang Keladi, Lebuh SPA (Sungai Udang - Paya Rumput - Ayer Keroh), Jalan Krubong, Lebuh AMJ (Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin), Jalan Tanjung Minyak, Jalan Batang Tiga dan Jalan Tanjung Kling. Saya meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan. Naik lif dari G ke tingkat 3 dan masuk ke rumah pangsa. Solat dan turun semula. Pergi mandi di kolam renang yang terletak di tingkat 1. Naik semula ke kediaman 309, mandi, bersiap diri, solat dan keluar dengan menaiki kenderaan. Makan malam di Medan Selera Kabin (Cabin Food Court), Klebang Besar. Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukannya di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Klebang Besar dan Klebang Kecil. Pulang ke kediaman 309, solat dan bersedia untuk bermalam di sini.

Sabtu, 5 Mac 2022 (hari kedua). Bangun, solat Subuh, berehat dan bersarapan pagi di kediaman 309. Saya turun ke bawah melihat kawasan persekitaran Riviera Bay Resort Condominium. Ada banyak kediaman yang tidak diurus dengan baik. Saya sempat bersembang dengan dua orang pekerja pembersihan. Tiada kedai dan tiada kafeteria di dalam kawasan pangsapuri ini. Kawasan berpagar untuk ke pantai dan laut memang terlalu dekat tetapi pintu pagarnya dikunci untuk keselamatan kediaman yang pernah diceroboh. Walaupun begitu, kolam renang dijaga dengan baik. Kami mandi lagi di kolam pagi ini. Kembali ke kediaman 309, mandi dan bersiap-siap untuk mendaftar keluar. Sebelum jam 12:00 tengah hari, kami beredar meninggalkan kawasan rumah pangsa berkenaan dan terus pergi ke Pantai Klebang. Makan tengah hari di kedai makan Santai Sini. Ada pelbagai jenis menu Asam Pedas. Sebelum pulang ke daerah Jasin, kami singgah ke Taman Rambai Permai melawat isteri kepada anak saudara isteri saya dan bayi mereka yang baru lahir pada bulan Februari 2022.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.