Selasa, 1 Mac 2022 bersamaan dengan 27 Rejab 1443 (Israk dan Mikraj). Waktu azan Subuh pada jam 6:15 pagi tadi di daerah Lipis, hujan renyai-renyai iaitu hujan rintik-rintik (gerimis) masih turun. Hujan lebat juga pernah turun akhir bulan Februari 2022 di Pahang ini. Terengganu dan Kelantan pula dilanda banjir luar jangka kerana hujan turun berterusan dikedua-dua negeri tersebut.
Banjir di Terengganu melibatkan lapan daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang. Di Kelantan pula melibatkan tujuh daerah iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.
Publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web rasmi melaporkan berkenaan aras air pagi ini (01/03/2022) di Pahang kebanyakannya telah melebihi tahap WASPADA. Sementara itu di Terengganu. Jam 9:45 pagi di Sungai Dungun, Jambatan Jerangau, Dungun, aras air 13.75 meter telah melebihi tahap BAHAYA (12.5 meter) sebanyak 1.25 meter. Jam 10:00 pagi di Sungai Kemaman, Rumah Pam Raya Paman, Kemaman, aras air 6.45 meter telah melebihi tahap BAHAYA (4 meter) sebanyak 2.45 meter. Jam 10:00 pagi di Sungai Nerus, Kampung Bukit, Setiu, aras air 12.78 meter telah melebihi tahap AMARAN (12 meter) sebanyak 0.78 meter. Jam 9:45 pagi di Sungai Nerus, Kampung Jeram, Kuala Nerus, aras air 2.21 meter telah melebihi tahap WASPADA (2 meter) sebanyak 0.21 meter.
Di Kelantan pula, pihak JPS melaporkan berkenaan aras air pagi ini (01/03/2022) kebanyakannya telah melebihi tahap AMARAN dan WASPADA.