Jumaat, 25 Februari 2022

Sekolah dan Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022

Kajang, 25/02/2022 - Saya dan isteri mengajar di sekolah dua sesi iaitu sekolah yang mempunyai sesi pagi dan petang. Kami mengajar sesi pagi di sekolah kebangsaan yang berlainan. Saya mengajar di Sekasih dan isteri mengajar di Senada. Dua orang anak belajar di sekolah menengah agama yang sama, seorang anak belajar di sekolah kebangsaan serta sekolah agama dan dua orang anak lagi masih berada di taska. Ada di antara kami sudah berada di rumah SI ketika ini.

Hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolahan sesi 2021/2022 untuk negeri-negeri kumpulan B kerana esok bermula Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022. Negeri-negeri kumpulan A pula hari ini telah bermula cuti persekolahan tersebut.

Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Negeri-negeri kumpulan A bercuti sekolah untuk Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022 mulai Jumaat, 25 Februari 2022 hingga Sabtu, 19 Mac 2022 (dibawa ke hari Ahad, 20 Mac 2022). Negeri-negeri kumpulan B bercuti sekolah untuk Cuti Akhir Penggal 3, Sesi 2021/2022 mulai Sabtu, 26 Februari 2022 hingga Ahad, 20 Mac 2022.

Maksudnya ialah negeri-negeri kumpulan A mula bersekolah untuk sesi persekolahan penggal 1, sesi 2022/2023 pada hari Ahad, 20 Mac 2022 (dibawa ke hari Isnin, 21 Mac 2022) dan negeri-negeri kumpulan B mula bersekolah untuk sesi persekolahan penggal 1, sesi 2022/2023 pada hari Isnin, 21 Mac 2022.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.