Ahad, 20 Februari 2022

Exora Merentas Jalan Temiang - Pantai Februari 2022

Kajang, 20/02/2022 - Jam 6:10 petang di sini masih hujan. Saya, isteri dan lima orang anak kami telah berada di rumah semasa masuk waktu solat Asar. Sebelum pulang ke rumah tadi, hujan mula turun ketika kami berada di luar Stadium Paroi. Ini bermaksud hujan mula turun di Negeri Sembilan dan dalam perjalanan kami pulang ke Selangor, hujan sedang turun juga.

Pagi tadi, saya memandu Proton Exora dari Kajang melalui LEKAS iaitu Lebuhraya Kajang - Seremban (E21). Dari lebuh raya, kami menyusuri simpang masuk ke Jalan Temiang - Pantai (FT366). Ini kali pertama kami bertujuh melalui jalan ini sejak ia dibuka kepada pengguna jalan raya pada 26 Ogos 2021.

Jalan Temiang - Pantai (Federal Route 366 is a federal route in Seremban, Negeri Sembilan). Ia dibina untuk memendekkan jumlah masa bagi pengguna dari LEKAS E21 ke Laluan Persekutuan Malaysia 86 yang menghubungkan Seremban ke Kuala Klawang dan Simpang Pertang. 

Kami sebenarnya hendak pergi ke Paroi bagi menghadiri jemputan majlis akikah dan kesyukuran dua orang cucu saudara di sebelah keluarga isteri. Jalan di lebuh raya tadi boleh sahaja saya memandu terus ke sana. Oleh kerana kami mahu melihat pemandangan indah di Jalan Temiang - Pantai (FT366), saya memandu ke sana sebelum masuk semula ke LEKAS E21 melalui simpang yang lain.

Tengah hari tadi, kami sampai ke rumah kakak ipar saya (kakak kepada isteri) yang mengadakan majlis akikah dan kesyukuran dua orang cucunya. Kami makan dan minum serta berehat di dalam rumah. Saya sempat solat Zohor berjemaah di Masjid Kariah Paroi Jaya yang terletak di sebelah rumahnya. Stadium Paroi juga tidak jauh dari sini.

Perjalanan pulang ke rumah SI, saya memandu Proton Exora di sepanjang LEKAS E21 dari Seremban ke Kajang.

Tonton video YouTube Jalan Temiang - Pantai, 20/02/2022 (Ahad) di https://youtu.be/yy0nceu8DPg

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.