Negeri-negeri kumpulan A ialah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan yang bersekolah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Negeri-negeri kumpulan B ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah yang bersekolah pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.
Cuti Penggal 1, Sesi 2022/2023 ialah selama 9 hari. Kami cukup bertujuh orang iaitu saya, isteri dan lima orang anak kami. Hari ini (Ahad, 12 Jun 2022) anak sulung dan anak kedua kami menaiki bas sewa khas dari Semenyih ke asrama sekolah menengah agama di daerah Jelebu.
03/06/2022 (Jumaat): bermalam di rumah SI selepas dua orang anak yang menaiki bas sewa khas sampai waktu petang ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat. 04/06/2022 (Sabtu): bermalam di rumah emak isteri.
05/06/2022 (Ahad): bermalam di rumah emak isteri. 06/06/2022 (Isnin): singgah ke rumah SI dan bermalam di rumah TTD. 07/06/2022 (Selasa): bermalam di rumah emak suami. 08/06/2022 (Rabu): bermalam di rumah emak suami. 09/06/2022 (Khamis): singgah ke rumah TTD dan bermalam di rumah SI. 10/06/2022 (Jumaat): bermalam di rumah TJ. 11/06/2022 (Sabtu): bermalam di rumah TJ.
12/06/2022 (Ahad), dari rumah TJ ke rumah SI.
Dua orang anak kami bersiap-siap di rumah SI untuk pulang ke asrama sekolah.