Selasa, 13 Disember 2022

Grand Lexis, Port Dickson 2022

Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang bercuti di Port Dickson selama 2 hari 1 malam (masih berada di hotel). Ia merupakan tempat percutian di kawasan pantai yang terletak di Negeri Sembilan. Kami telah beberapa kali pergi ke Port Dickson sebelum ini. Seramai tujuh orang menginap di sebuah hotel satu bilik tidur (Grand Lexis), H138 (penginapan di atas tanah yang boleh diletak kenderaan di depan hotel dan ada kolam renang peribadi), Grand Lexis Port Dickson, Batu 2, Jalan Seremban (Jalan Tanjung Gemuk), 71000 Port Dickson.

Kami menginap di sebuah hotel satu bilik tidur. Dua buah katil kelamin. Juga mempunyai sebuah tandas (bilik air), sebuah ruang santai, sebuah ruang kerja dan kolam renang peribadi yang dikelilingi oleh dinding. Tempahan bilik (Grand Lexis) dan bayaran dibuat dalam talian (RM590.00). Bayaran deposit RM100.00 (tunai) dikembalikan ketika mendaftar keluar nanti. Saya, isteri dan anak-anak sedang bercuti sempena cuti persekolahan untuk Cuti Penggal 3, Sesi 2022/2023.

Isnin, 12 Disember 2022 (hari pertama). Saya, isteri dan lima orang anak kami bertolak dari rumah TJ di Kajang pada jam 11:22 pagi. Saya memandu Proton Exora bergerak merentasi jalan-jalan di taman perumahan, jalan-jalan raya dan masuk ke LEKAS iaitu Lebuhraya Kajang - Seremban (E21) melalui Plaza Tol Kajang Selatan. Keluar dari lebuh raya E21 melalui Plaza Tol Setul (RM6.00) dan menghala ke bandar Seremban. Masuk pula ke Lebuhraya Seremban - Port Dickson (E29) dengan bayaran RM2.62. Kad Touch 'n Go digunakan di lebuh raya E21 dan E29 tetapi pihak lebuh raya ini masih belum menggunakan aplikasi eWallet (PayDirect). Berhenti beberapa minit di Kawasan Rehat dan Rawat Mambau pada jam 12:21 tengah hari, saya seorang pergi ke tandas. Saya memandu keluar dari lebuh raya E29 menghala ke Lukut. Akhirnya kami sampai ke depan pintu utama hotel (Grand Lexis) pada jam 12:52 tengah hari selepas memandu sejauh 68.5 kilometer dari Kajang ke Port Dickson. Kami belum boleh mendaftar masuk ke hotel kerana masa kemasukan bermula jam 3:00 petang. Antara jam 1:00 hingga 2:00 petang, kami makan dan minum di Restoran Fatimah (RM69.00), saya menggunakan aplikasi dompet (wallet) perbankan internet melalui telefon pintar. Antara jam 2:00 hingga 3:00 petang, kami solat di Masjid Qaryah Lukut, Mukim Port Dickson. Antara jam 3:00 hingga 4:00 petang, kami mendaftar masuk ke hotel. Kami bertujuh mandi di kolam renang peribadi dan berehat. Selepas solat, kami keluar makan malam di sebuah restoran iaitu Asam Pedas/ Ikan Bakar Pee Dee (PD) dan saya membayar tunai (RM54.00). Isteri membayar tunai (RM10.00) untuk 10 cucuk sate ayam di restoran sama tetapi kaunter berbeza. Semasa makan malam tadi, saya singgah membeli barang-barang di pasar mini berdekatan dengan bayaran tunai (RM17.30). Kembali ke kediaman H138. Bersedia untuk bermalam di sini.

Selasa, 13 Disember 2022 (hari kedua). Bangun, solat dan besarapan pagi di hotel. Kami mandi di kolam renang peribadi lagi pagi ini. Sebelum saya menulis artikel ini di hotel pagi ini tadi, saya sudah mandi di kolam. Selepas saya menerbitkan artikel ini, saya akan turun lagi untuk mandi di kolam yang terletak di dalam bangunan H138 hotel Grand Lexis ini.

Sebelum mendaftar keluar dari Grand Lexis Port Dickson, ada masa lagi untuk mandi di kolam renang peribadi. Kedalaman kolam ialah 1.2 meter.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.