Khamis, 16 Januari 2025

HCTM UKM 16.01.2025

Kuala Lumpur, 16/01/2025 (Khamis) - Petang tadi, saya dan isteri telah berada di parkir berbayar dalam kawasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 2:33 PM. Kami keluar dari kereta dan berjalan kaki masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalomologi. Saya menunjukkan maklumat pemeriksaan kesihatan dan surat rujukan daripada Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra di kaunter jururawat.

Saya dan isteri boleh terus pergi ke Bilik 32 berjumpa jururawat yang bertugas. Dia membaca surat rujukan dan saya juga memberikan maklumat berkenaan keadaan mata saya. Dia membawa surat tersebut ke Bilik 1 iaitu Bilik Kecemasan Mata. Saya dipanggil ke kaunter jururawat dan diberikan Borang Maklumat Pesakit. Saya diminta mengisi dan membawanya pada hari pendaftaran nanti.

Kami naik lif (Core A) dari tingkat 1 ke tingkat 7. Bertanyakan beberapa maklumat di Pusat Pakar. Urusan selesai.

Kami keluar dari bangunan HCTM dan berjalan kaki pada jam 3:30 PM menuju ke parkir. Pemanduan sejauh kira-kira 19 kilometer dari HCTM ke rumah SI.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.