Selasa, 21 Januari 2025

HCTM UKM 21.01.2025

Kuala Lumpur, 21/01/2025 (Selasa) - Pagi tadi, saya dan isteri telah berada di parkir berbayar dalam kawasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 7:57 AM. Kami keluar dari kereta dan berjalan kaki masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalomologi. Saya menyerahkan Borang Maklumat Pesakit yang diisi di rumah ke Kaunter B iaitu Kaunter Pendaftaran dan Janji Temu.

Saya dan isteri menunggu di kerusi. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor 1003 (jam 8:05 AM) di Kaunter C iaitu Kaunter Bayaran tetapi saya dalam kategori Percuma (Persekutuan). Saya dipanggil ke Bilik 24 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut huruf dan nombor yang pelbagai saiz.

Saya dipanggil ke Bilik 2 iaitu Bilik Kecemasan Mata dan diperiksa oleh Dr Fairuz binti Wazir. Beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata. Saya membawa borang ujian ke Kaunter C bagi pengesahan kategori Percuma (Persekutuan).

Saya meletakkan borang ujian ke dalam kotak di Bilik 8 (Unit Imagenet). Nama saya dipanggil dan mata diimbas serta diambil gambar. Kembali menunggu di kerusi.

Saya dipanggil ke Bilik 1 iaitu Bilik Kecemasan Mata dan diperiksa oleh Dr Fairuz serta dibantu oleh Dr Vee. Beberapa kali masuk dan keluar dari Bilik 1 serta Bilik 2 yang bersambung di bahagian dalam.

Ujian mata OCT iaitu Optical Coherence Tomography bukan sekadar pemeriksaan mata tetapi merupakan alat diaognostik transformatif yang telah mengubah cara kita melihat kesihatan mata. Ia direka untuk melihat jauh ke dalam lapisan retina.

Tengah hari. Di Kauter A, janji temu seterusnya ditulis ke dalam Kad Janji Temu. Saya dan isteri meninggalkan Klinik Oftalomologi dan pergi ke Lobi Utama bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan selanjutnya.

Di Lobi Utama HCTM, saya membawa borang yang diberi oleh Dr Fairuz ke Kaunter Kemasukan Wad, Discaj dan Bayaran bagi pengesahan kategori Percuma (Persekutuan). Borang berkenaan saya serahkan ke Unit Pengambilan Darah. Di Kaunter 5, darah saya diambil dari pelipat tangan kiri. Kami pergi pula ke Jabatan Radiologi. Saya menyerahkan Kad Janji Temu di kaunter dan dipanggil ke Bilik 10 (X-Ray). Urusan selesai.

Saya dan isteri berjalan kaki ke kafe hospital yang terletak tidak jauh dari Lobi Utama. Kami makan dan minum sebelum bertolak pulang ke rumah.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.