Rabu, 22 Januari 2025

HCTM UKM 22.01.2025

Kuala Lumpur, 22/01/2025 (Rabu) - Pagi tadi, saya memandu Proton Exora. Saya dan isteri telah berada di parkir berbayar dalam kawasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 10:35 AM. Kami keluar dari kereta dan berjalan kaki masuk ke dalam bangunan HCTM.

Naik tangga ke tingkat 1 dan pergi ke Klinik Oftalomologi. Di Kaunter A saya memasukkan Kad Janji Temu ke dalam bekas yang bertanda 11:00 AM.

Saya dan isteri menunggu di kerusi. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor 9003 (jam 10:43 AM) di Kaunter C. Borang Permintaan Pemeriksaan Ujian Am Kardiologi berwarna kuning bagi ujian Electrocardiogram (ECG) dicop Percuma (Persekutuan). Saya dipanggil ke Bilik 9 untuk pemeriksaan mata bagi menyebut huruf dan nombor yang pelbagai saiz. Borang dari Bilik 9 (VRI) berwarna hijau juga dicop percuma untuk Bilik 32.

Bawa borang kuning turun ke tingkat G di Makmal Pemeriksaan Klinikal. Nama dipanggil. Masuk ke Unit Kardiologi untuk ujian ECG. Ia sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan saya. Naik semula ke Klinik Oftalomologi di tingkat 1.

Serahkan borang hijau ke Bilik 32. Diperiksa tekanan darah (164/107). Diperiksa bacaan gula dalam darah (5.1) melalui jari di tangan kiri saya. PR 85. Saya juga diberi penerangan berkenaan kaunseling pembedahan mata oleh jururawat.

Saya masuk pula ke Bilik 10 iaitu Bilik Biometry membuat pemeriksaan mata dengan alat yang lain pula. Kemudian, berada di Bilik 7 berjumpa pasukan Profeser Dr Mae-Lynn Catherine Bastion, Pakar Perunding (Vitreo-Retina). Rundingan dijalankan di dalam bilik tersebut bersama pasukan. Isteri saya turut serta. Saya juga diberi makan ubat dan beberapa titisan cecair dimasukkan ke dalam kedua-dua mata untuk kembang anak mata.

Selesai pertemuan bersama para Dr mata, saya pergi ke Kaunter A. Janji temu seterusnya ditulis ke dalam Kad Janji Temu. Kami mengambil ubat titisan cecair untuk mata saya menggunakan Kad Janji Temu di Farmasi Satelit di tingkat 1 bagi kegunaan di rumah. Singgah ke Surau Ibnu Sina (Surau Jumaat) di tingkat 1 sebelum turun ke Lobi Utama untuk bergerak pulang.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.