Kajang, 23/01/2025 (Khamis) - Pagi tadi, saya dan isteri telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Kami keluar dari kenderaan dan berjalan kaki ke dalam bangunan KKK.
Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 9:00 AM dan mendapat nombor 0081L (jam 8:56 AM). Lokasi yang dicatat ialah Lab Appoinment.
Saya dan isteri menunggu di kerusi bahagian luar. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor LA0075 (jam 9:09 AM). Kami masuk ke bahagian dalam dan menunggu nombor dipanggil. Nama servis ialah Lab Service. Lokasi yang dicatat ialah Bilik 20 (Venipuncture OPD).
Nombor saya dipanggil ke Bilik 20 iaitu Bilik Pengambilan Darah. Menunggu giliran di dalam bilik tersebut. Darah saya diambil dari pelipat tangan kanan. Saya menghantar darah itu ke Kaunter 7. Masuk ke dalam tandas di sebelah iaitu Tandas Spesimen (bagi pengambilan sampel air kencing). Saya meletakkan sampel berkenaan juga di Kaunter 7 tetapi melalui tingkap di tandas. Urusan selesai kira-kira jam 11:00 AM.
Saya dan isteri mendapatkan kenderaan untuk pergi ke tempat-tempat lain sebelum pulang ke rumah.