
Tekanan darah Sistolik (140 mmHg) atau lebih dan tekanan darah Diastolik (90 mmHg) atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi). mmHg dalam konteks tekanan darah ialah singkatan daripada milimeter air raksa (merkuri) yang merupakan satuan untuk mengukur tekanan darah. Bacaan tekanan darah normal ialah 120/80 mmHg dikira paling sesuai (ideal) bagi orang dewasa.
Di bawah ini ialah bacaan tekanan darah saya untuk enam bulan pertama tahun 2025.
Bacaan tekanan darah pada Khamis, 9 Januari 2025 ialah 211 (Sistolik) dan 114 (Diastolik). Kadar Nadi atau Pulse Rate (PR) tidak sempat dilihat.
Rabu, 22 Januari 2025 ialah 164 (Sistolik) dan 107 (Diastolik) serta 85 (PR).
Jumaat, 7 Februari 2025 ialah 154 (Sistolik) dan 103 (Diastolik) serta 91 (PR).
Sabtu, 22 Mac 2025 ialah 130 (Sistolik) dan 79 (Diastolik) serta 73 (PR).
Ahad, 6 April 2025 ialah 126 (Sistolik) dan 89 (Diastolik) serta 98 (PR).
Khamis, 8 Mei 2025 ialah 118 (Sistolik) dan 67 (Diastolik) serta 73 (PR).
Khamis, 26 Jun 2025 ialah 125 (Sistolik) dan 80 (Diastolik) serta 78 (PR).