Selasa, 3 Februari 2026

Klinik Kesihatan 03.02.2026

Kajang, 03/02/2026 (Selasa) - Tidak boleh makan dan minum sebelum pergi ke klinik. 6:45 AM, bergerak dari rumah SI. Pada 7:00 AM, saya telah berada di parkir dekat Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Saya keluar dari Proton Exora dan berjalan kaki ke kawasan bangunan KKK. Saya berbaris kerana sudah ada orang berbaris.

Staf KKK (di kaunter tingkap) menyusuri barisan dan saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM. Ia merupakan janji temu untuk Lab Appoinment.

Saya menunggu di kerusi bahagian luar. Nama saya dipanggil dan mendapat nombor LA0007 (ditulis 7:39 AM). Saya masuk ke bahagian dalam dan menunggu nombor dipanggil. Nama servis ialah Lab Service. Lokasi yang dicatat ialah Bilik 20 (Venipuncture OPD).

Nombor saya dipanggil ke Bilik 20 iaitu Bilik Pengambilan Darah. Menunggu giliran di dalam bilik tersebut. Darah saya diambil dari pelipat tangan kanan. Saya menghantar darah itu ke Kaunter 7. Masuk ke dalam tandas di sebelah iaitu Tanda Spesimen (bagi pengambilan sampel air kencing). Saya meletakkan sampel berkenaan juga di Kaunter 7 tetapi melalui tingkap di tandas. Urusan selesai pada 8:30 AM.

Saya ke Gerai Nasi Berlauk Kg Air Dingin di sebelah KKK sebelum mendapatkan kenderaan dan memandunya pulang ke rumah TJ.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.