Kajang, 09/02/2026 (Isnin) - Ambil sarapan pagi sebelum keluar dari rumah SI. 6:19 AM, azan Subuh sedang berkumandang ketika saya sedang memandu kereta di Pintasan Kajang - Semenyih (By Pass) berhampiran Kajang Perdana. Singgah ke Masjid Bandar Teknologi Kajang dan solat Subuh berjemaah. Kembali memandu dan letak kereta di luar kawasan klinik. Saya keluar dari Perodua Bezza dan berjalan kaki. Pada 6:49 AM, saya telah berada di pintu pagar utama klinik dan masuk ke dalam kawasan Klinik Kesihatan Kajang (KKK). Saya berbaris kerana sudah ada orang berbaris. Duduk di atas kerusi lipat yang dibawa sendiri.Di kaunter tingkap, saya menyerahkan Kad Janji Temu yang dicatatkan masa pertemuan 8:00 AM dan mendapat nombor 0003A (7:33 AM). Lokasi yang dicatat ialah Appoinment.
Saya menunggu sambil duduk di atas kerusi lipat sendiri di bahagian dalam klinik. Nombor 0003A dipanggil dan saya mendapat pula nombor N0004 (7:45 AM) di kaunter 3. Nama servis ialah JPL - General. Lokasi yang dicatat ialah Triage 1 - OPD. Nombor dan Kad Janji Temu dimasukkan ke dalam bakul saringan 1, Unit Pesakit Luar.
Nombor N0004 dipanggil ke Triage 1B. Jururawat memeriksa tekanan darah saya (139/89) dan kadar nadi (107). Juga mencatat berat saya 49 kilogram dan tinggi 150 sentimeter ke dalam buku berwarna hijau (Rekod Pesakit. Penyakit Tidak Berjangkit). Tekanan darah 140/90 mmHg atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi).
Nombor N0004 dipanggil ke Bilik 11(C) berjumpa doktor (Dr Rafidah binti Satari). Dia melihat laporan pemeriksaan kesihatan yang lepas di dalam komputer. Saya menunjukkan bacaan tekanan darah yang diperiksa di rumah (Home BP Monitoring) yang ditulis ke dalam buku berwarna hijau. Di rumah, saya menggunakan alat jenis miivio (JD-719) untuk Monitor Tekanan Darah (Blood Pressure Monitor). Digital Automatik (Automatic Digital).
Saya mendapatkan ubat (Perindopril 8mg Tablet) dan (Amlodipine 10mg Tablet) bagi menurunkan tekanan darah. Ubat (Atorvastatin 40mg Tablet) bagi menurunkan kolestrol dalam darah. Ubat-ubat tersebut diserahkan kepada saya di Farmasi (Kaunter Pengambilan Ubat) dengan nombor giliran 8039 (8:16 AM). Ambil Perindopril 8mg Tablet (1 biji 1 kali sehari) sebelum sarapan pagi dan Amlodipine 10mg Tablet (1 biji 1 kali sehari) selepas sarapan pagi. Ambil Atorvastatin 80mg Tablet (1/2 biji 1 kali sehari) sebelum atau selepas makan malam. Atau boleh juga diambil sebelum tidur malam (pilihan saya). Urusan selesai pada 8:38 AM.
Saya mendapatkan kereta dan memandunya pulang. Tiba di rumah SI pada 9:03 AM.