Khamis, 15 Januari 2026

Cermin Mata Multifokal Januari 2026

Kajang, 15/01/2026 (Khamis) - Saya mengambil cermin mata baharu yang telah ditempah dan dibeli (RM2,220.00) di Nurins Optometry (NR Optometrist Sdn Bhd), No 18-1, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra. RM200.00 untuk bingkai (Lee Eyewear), RM1,900.00 (premium) untuk 2 kanta (HOYA iD LifeStyle Balansis 1.50 Sensity 2 Grey) dan RM120.00 (Full Control) untuk tambahan (Hi-Vision LongLife, BlueControl, UV Control and Bacterial Control). Ia adalah jenis cermin mata multifokal. Ada beberapa jenis kanta pada satu cermin mata. Saya mengalami rabun dekat.

Saya telah menaik taraf cermin mata baharu ini kepada nilai yang lebih tinggi (premium) kerana cermin mata lama bertaraf maju, ke depan (advanced). Premium (far 5/6) and advanced (far 4/6). Premium (intermediate 4/6) and advanced (intermediate 3/6). Premium (near 5/6) and advanced (near 4/6). Premium (vision stability 4/6) and advanced (vision stability 3/6). Premium (easy adaptation 4/6) and advanced (easy adaptation 3/6). Premium (wide viewing angle 4/6) and advanced (wide viewing angle 3/6).

Sebelum itu, bermula 11/05/2020 (Isnin), saya memakai cermin mata (SK vision) dengan satu jenis kanta sahaja untuk rabun dekat. Mulai 18/06/2022 (Sabtu), saya memakai cermin mata (Nurins Optometry) dengan beberapa jenis kanta. 30/12/2024 (Isnin), saya memakai cermin mata (Nurins Optometry) dengan beberapa jenis kanta menggunakan bingkai lama dan kanta baharu.

09/01/2026 (Jumaat), saya menempah cermin mata multifokal dengan bingkai baharu dan kanta baharu. Semasa tempahan saya membuat bayaran penuh (RM2,220.00), MyDebit kepada kedai cermin mata melalui kad debit. 14/01/2026 (Rabu), Nurins Optometry di Taman Mesra menghubungi saya dengan telefon pada 4:18 PM memberitahu cermin mata tersebut telah siap. Hari ini, 15/01/2026 (Khamis), saya telah mengambilnya pada 10:17 AM.

Borang Preskripsi Mata, Jabatan Oftalmologi, Canselor Tuanku Muhriz menyatakan maklumat berikut berkenaan mata saya. RIGHT = DISTANCE = plan o (SPH), -3.00 (CYL), 55 (AXIS) and 6/12 (VA). RIGHT = NEAR ADD = +2.50 (SPH) and N8 (VA). LEFT = DISTANCE = +0.50 (SPH), -0.50 (CYL), 65 (AXIS) and 6/6 (VA). LEFT = NEAR ADD = +2.00 (SPH) and N5 (VA). 

Khamis, 8 Januari 2026

Muat Turun Bahan Bahasa Arab 2026

Kajang, 08/01/2026 (Khamis) - Saya sedang berada di rumah TJ ketika menerbitkan artikel ini kerana sekolah-sekolah di negeri Selangor dan seluruh negara Malaysia masih bercuti pada hari ini (Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026). Persekolahan Penggal 1, Tahun 2026 bagi negeri-negeri kumpulan A akan bermula pada hari Ahad, 11 Januari 2026 dan bagi negeri-negeri kumpulan B akan bermula pada hari Isnin, 12 Januari 2026. Saya meletakkan bahan-bahan Muat Turun Bahasa Arab 2026 di ruang catatan ini supaya ia berkekalan jika tiada apa-apa masalah.

Anda dibenarkan untuk memuat turun bahan-bahan yang ada di laman blog ini. Buat suntingan selepas dimuat turun mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

Bahan-bahan tersebut ialah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK), Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), Borang Rekod Pentaksiran (BRP), Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH), Buku Teks dan lain-lain.

Bahasa Arab Tahun Satu 2026:

DSKP di https://drive.google.com/file/d/0BzyAS-rxUc-eTjRpcm9IVWhJMVk/view
Buku Teks (Tahun 1 Digunakan Mulai 2017) di https://online.anyflip.com/gcfss/gwlu/mobile

Bahasa Arab Tahun Dua 2026:
Buku Teks (Tahun 2 Digunakan Mulai 2018) di https://online.anyflip.com/gcfss/hnvx/mobile

Bahasa Arab Tahun Tiga 2026:
Buku Teks (Tahun 3 Digunakan Mulai 2019) di https://online.anyflip.com/gcfss/lgpz/mobile

Bahasa Arab Tahun Empat 2026:
Buku Teks (Tahun 4 Digunakan Mulai 2020) di https://online.anyflip.com/gcfss/ofkw/mobile

Bahasa Arab Tahun Lima 2026:
Buku Teks (Tahun 5 Digunakan Mulai 2021) di https://online.anyflip.com/gcfss/nmhs/mobile

Bahasa Arab Tahun Enam 2026:
Buku Teks (Tahun 6 Digunakan Mulai 2022) di https://online.anyflip.com/lpeud/jmpd/mobile

Khamis, 1 Januari 2026

Tempat 7 Orang Ahli Keluarga Bermalam 12.2025

Jasin, 01/01/2026 (Khamis) - Saya sedang berada di rumah emak kepada ahli 2 pada hari pertama bulan Januari 2026. Di sini, disertakan senarai tujuh orang ahli keluarga kami bermalam di sepanjang bulan Disember tahun 2025.

01/12/2025 (Isnin) malam Selasa. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

02/12/2025 (Selasa) malam Rabu, 03/12/2025 (Rabu) malam Khamis dan 04/12/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

05/12/2025 (Jumaat) malam Sabtu dan 06/12/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3 dan ahli 4 bermalam di lokasi masing-masing.

07/12/2025 (Ahad) malam Isnin, 08/12/2025 (Isnin) malam Selasa dan 09/12/2025 (Selasa) malam Rabu. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

10/12/2025 (Rabu) malam Khamis. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

11/12/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

12/12/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

13/12/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

14/12/2025 (Ahad) malam Isnin, 15/12/2025 (Isnin) malam Selasa, 16/12/2025 (Selasa) malam Rabu, 17/12/2025 (Rabu) malam Khamis dan 18/12/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3, ahli 4 dan ahli 5 bermalam di lokasi masing-masing.

19/12/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah SI. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

20/12/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TTD. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

21/12/2025 (Ahad) malam Isnin dan 22/12/2025 (Isnin) malam Selasa. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah emak kepada ahli 1. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

23/12/2025 (Selasa) malam Rabu. Ahli 1, ahli 2, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TTD. Ahli 3 bermalam di lokasinya.

24/12/2025 (Rabu) malam Khamis dan 25/12/2025 (Khamis) malam Jumaat. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ.

26/12/2025 (Jumaat) malam Sabtu. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di Upper View Regalia Hotel (bilik G09).

27/12/2025 (Sabtu) malam Ahad. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 4, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ.

28/12/2025 (Ahad) malam Isnin, 29/12/2025 (Isnin) malam Selasa dan 30/12/2025 (Selasa) malam Rabu. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah TJ. Ahli 4 bermalam di lokasinya.

31/12/2025 (Rabu) malam Khamis. Ahli 1, ahli 2, ahli 3, ahli 5, ahli 6 dan ahli 7 bermalam di rumah emak kepada ahli 2. Ahli 4 bermalam di lokasinya.

Rabu, 31 Disember 2025

Harga Emas 999.9 PG (GAP) Disember 2025

Kajang, 31/12/2025 (Rabu) - Saya sedang berada di rumah TJ. Gold Accumulation Program (GAP) ialah Program Pengumpulan Emas untuk pelaburan emas fizikal yang merupakan produk akaun emas patuh syariah daripada Syarikat Public Gold (PG).

Harga emas 999.9 per Gram daripada PG melalui akaun GAP untuk tempoh 24 jam berdasarkan harga semasa yang dipaparkan pada jam 12:00 tengah malam. Ia mengikut harga emas dunia. Setakat ini, saya masih 'normal customer' PG016094.

Awal Bulan (PG jual) dan (PG beli).
01/12/2025 (RM609.00) dan (RM558.00).
02/12/2025 (RM610.00) dan (RM559.00).
03/12/2025 (RM605.00) dan (RM554.00).
04/12/2025 (RM609.00) dan (RM558.00). 
05/12/2025 (RM604.00) dan (RM554.00).
06/12/2025 (RM610.00) dan (RM559.00).
07/12/2025 (RM603.00) dan (RM553.00).
08/12/2025 (RM603.00) dan (RM553.00).
09/12/2025 (RM602.00) dan (RM552.00).
10/12/2025 (RM605.00) dan (RM555.00).

Tengah Bulan (PG jual) dan (PG beli).
11/12/2025 (RM604.00) dan (RM553.00).
12/12/2025 (RM617.00) dan (RM565.00).
13/12/2025 (RM613.00) dan (RM562.00).
14/12/2025 (RM616.00) dan (RM565.00).
15/12/2025 (RM616.00) dan (RM565.00).
16/12/2025 (RM619.00) dan (RM567.00). 
17/12/2025 (RM619.00) dan (RM567.00). 
18/12/2025 (RM620.00) dan (RM568.00). 
19/12/2025 (RM619.00) dan (RM567.00).
20/12/2025 (RM620.00) dan (RM568.00).

Akhir Bulan (PG jual) dan (PG beli).
21/12/2025 (RM619.00) dan (RM567.00).
22/12/2025 (RM619.00) dan (RM567.00).
23/12/2025 (RM632.00) dan (RM579.00).
24/12/2025 (RM639.00) dan (RM585.00).
25/12/2025 (RM631.00) dan (RM578.00).
26/12/2025 (RM634.00) dan (RM581.00).
27/12/2025 (RM643.00) dan (RM589.00).
28/12/2025 (RM642.00) dan (RM588.00).
29/12/2025 (RM642.00) dan (RM588.00).
30/12/2025 (RM614.00) dan (RM562.00).
31/12/2025 (RM618.00) dan (RM566.00).

Isnin, 29 Disember 2025

Tekanan Darah 6 Bulan Kedua Tahun 2025

Kajang, 29/12/2025 (Isnin) - Saya sedang berada di rumah TJ pada hari Isnin, 29 Disember 2025 bersamaan dengan 8 Rejab 1447.

Tekanan darah 140/90 mmHg iaitu Sistolik (140 mmHg) atau lebih dan Diastolik (90 mmHg) atau lebih, sudah dikira mempunyai darah tinggi (hipertensi). mmHg dalam konteks tekanan darah ialah singkatan daripada milimeter air raksa (merkuri) yang merupakan satuan untuk mengukur tekanan darah. Bacaan tekanan darah normal ialah 120/80 mmHg dikira paling sesuai (ideal) bagi orang dewasa.

Di bawah ini ialah bacaan tekanan darah saya untuk enam bulan kedua tahun 2025.

Awal tahun 2025, bacaan tekanan darah pada Khamis, 9 Januari 2025 ialah 211/114 mmHg. 211 (Sistolik) dan 114 (Diastolik). Kadar Nadi atau Pulse Rate (PR) tidak sempat dilihat. PR normal bagi orang dewasa semasa rehat ialah antara 60 hingga 100 denyutan per minit.

Selasa, 1 Julai 2025 ialah 123 (Sistolik) dan 75 (Diastolik) serta 83 (PR).
Khamis, 14 Ogos 2025 ialah 124 (Sistolik) dan 83 (Diastolik) serta 90 (PR).
Isnin, 15 September 2025 ialah 112 (Sistolik) dan 74 (Diastolik) serta 83 (PR).
Rabu, 22 Oktober 2025 ialah 136 (Sistolik) dan 84 (Diastolik) serta 90 (PR).
Jumaat, 28 November 2025 ialah 121 (Sistolik) dan 79 (Diastolik) serta 87 (PR).
Isnin, 29 Disember 2025 ialah 129 (Sistolik) dan 84 (Diastolik) serta 80 (PR).

Sabtu, 27 Disember 2025

Percutian ke Kuala Lumpur 2025

Saya, isteri dan lima orang anak kami telah bercuti di Kuala Lumpur selama 2 hari 1 malam. Percutian sempena Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026. Ia merupakan tempat percutian di kawasan bandar raya yang terletaknya ibu negara Malaysia. Kami telah beberapa kali bercuti dengan bermalam di Kuala Lumpur beberapa tahun sebelum ini. RM705.84 ialah jumlah perbelanjaan bercuti untuk kali ini. Ia tidak termasuk membeli hadiah dan sumbangan.

Seramai tujuh orang menginap di bilik G09 (tingkat G) yang mempunyai dua buah bilik. Blok A (Madison), Upper View Regalia Hotel (UVRH), Nombor 2, Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, 50480, Kuala Lumpur.

Kami menginap di hotel dua bilik tidur dengan sebuah katil kelamin (bilik besar) dan sebuah katil bujang (bilik sederhana). Apabila masuk di pintu utama G09, pintu bilik sederhana terletak di sebelah kiri dan pintu bilik besar terletak di bahagian belakang pintu utama. Hotel penginapan (bilik besar) kami mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Peti ais, saterika dan cerek elektrik cuma berada di bilik besar yang terdapat balkoni. Di bilik sederhana juga mempunyai sebuah tandas (bilik air), meja, almari, kerusi, rak berlaci, cermin dan TV di dalam bilik. Ada talian internet (Wi-Fi). Pendingin hawa di dalam bilik dan air panas di bilik air turut tersedia. Melalui internet (Booking.com), tempahan bilik (hotel) dan bayaran bilik dibuat dalam talian (seperti yang dinyatakan di bawah) untuk penginapan 2 hari 1 malam. Bayaran telah dibuat pada hari Jumaat, 26 Disember 2025. Ketika mendaftar masuk di kaunter, bayaran deposit RM100.00 (tunai) dikenakan dan dikembalikan ketika mendaftar keluar nanti.

Jumaat, 26 Disember 2025 (hari pertama). Kami bertolak dari rumah TJ di Kajang pada waktu petang sebelum masuk Asar. Saya memandu Proton Exora dengan bantuan peta Google pada paparan skrin ZO. Masuk ke Lebuhraya Cheras - Kajang (E7) dan menggunakan kad Touch 'n Go (T'nG) di Plaza Tol (PT). Berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan bandar raya Kuala Lumpur (KL). Semasa tiba di UVRH, kenderaan diletakkan sementara di tepi jalan di tingkat 4 kerana kami belum tahu nombor bilik yang ditempah. Saya pergi ke kaunter di tingkat 4 dan mendaftar masuk. Letak kenderaan di parkir berbayar (bayaran mengikut jam) di tingkat G. Masuk ke bilik. Solat Asar. Kami naik lif ke tingkat 5 melihat kolam renang (Family Pool) tetapi ditutup dan turun tangga ke tingkat 4. Membeli barang-barang di pasar mini. Kami turun lif ke tingkat G. Berehat, solat Maghrib dan Isyak. Kami keluar, bayar parkir dan saya memandu kenderaan pergi ke Kampung Baru. Letak kenderaan di tepi Jalan Hassan Salleh. Berjalan kaki dan pergi naik jejantas di Pintasan Saloma merentasi Sungai Kelang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (E12) AKLEH (Ampang - Kuala Lumpur Elevated Highway). Kami berpatah balik dan kembali ke Jalan Sungai Baru yang bersambung dengan Jalan Hassan Salleh. Singgah santai, makan dan minum. kembali mendapatkan kenderaan dan saya memandu pulang ke hotel.

Perbelanjaan hari pertama. Tempahan dalam talian untuk UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM397.63). PT Batu 11 di E7 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:17 PM (RM1.30). MyDebit kepada Pasar Mini BilaBila Mart, UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM92.00). MyDebit kepada Paking Payment di tingkat G UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM8.25). Santai Saloma, KL (makan dan minum) dengan pengeluaran tunai L (RM48.00).

Sabtu, 27 Disember 2025 (hari kedua). Tengah malam, kembali berada di bilik hotel dan tidur. Bangun pagi, solat Subuh dan kami bersarapan di bilik. Kami naik lif ke tingkat 37 dan mandi di kolam renang atas bumbung. Infinity Pool iaitu Kolam Renang Infiniti (ruang yang tidak ada batasnya). Nampak pemandangan indah bangunan-bangunan pencakar langit. Kami turun lif ke tingkat G. Bawa barang-barang masuk ke dalam kenderaan. Kami keluar, bayar parkir dan saya memandu kenderaan naik ke tingkat atas. Kenderaan diletakkan sementara di tepi jalan di tingkat 4. Saya pergi ke kaunter di tingkat 4 dan mendaftar keluar dari G09 pada jam 12:00 tengah hari. Kami bertujuh pergi ke Kampung Baru. Letak kenderaaan di parkir berbayar (bayaran sekali masuk) di belakang Restoran Suraya Seafood. Makan pelbagai jenis nasi lemak dan minum air di restoran yang lain. Kemudian, kami berjalan kaki ke stesen tren (LRT2). Tambah nilai sekeping kad T'nG berserta caj. Kad-kad T'nG yang lain, bakinya masih mencukupi. Naik tren di stesen Kampung Baru (KB) dan turun tren di stesen Pasar Seni (PS). Berjalan kaki ke Central Market (CM). Singgah minum di dalam CM. Solat Zohor di surau dalam CM. Ketika dalam perjalanan kembali ke stesen tren yang sama, kami membeli dua botol air untuk diminum. Naik tren di stesen PS dan turun tren di stesen KB. Berjalan kaki mendapatkan kenderaan. Saya memandu pulang dari KL ke Kajang. Sengaja memandu di beberapa buah lebuh raya dalam perjalanan pulang melalui Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (E12), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Klang (E19) dan Lebuhraya Lembah Klang Timur (E27). Kenderaan kami sampai di depan pintu pagar rumah TJ pada 5:05 PM.

Perbelanjaan hari kedua. MyDebit kepada Paking Payment di tingkat G UVRH menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM21.45). Parkir (hujung minggu) untuk Proton Exora di KB dengan pengeluaran tunai J (RM7.00). MyDebit kepada Nasi Lemak Wonjo KB menggunakan Kad Debit, HLB SAVINGS-i JL (RM49.60). Scan and Pay kepada kaunter LRT2 untuk Card Reload (T'nG F) di stesen KB menggunakan MAE Wallet J (RM30.00). Caj untuk Card Reload (T'nG F) di stesen KB melalui aplikasi T'nG J pada 1:15 PM (RM0.50). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG J (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG L (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG B (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG Q (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 melalui kad T'nG F (RM1.70). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 untuk R (percuma). Stesen KB ke stesen PS di LRT2 untuk D (percuma). Dibayar kesemua tambang dengan sentuhan kad T'nG ketika keluar dari stesen pada 1:36 PM. Drinks Counter, CM, KL (minum) dengan pengeluaran tunai L (RM20.60). Dua botol air minuman (gerai di tepi jalan) dengan pengeluaran tunai L (RM2.00). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG J (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG L (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG B (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG Q (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 melalui kad T'nG F (RM1.70). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 untuk R (percuma). Stesen PS ke stesen KB di LRT2 untuk D (percuma). Dibayar kesemua tambang dengan sentuhan kad T'nG ketika keluar dari stesen pada 3:26 PM dan 3:27 PM. PT Datuk Keramat di E12 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:12 PM (RM2.13). PT Ampang (B) di E19 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:22 PM (RM2.30). PT Ampang ke PT Sungai Long di E27 melalui eWallet (T'nG J) pada 4:43 PM (RM6.08).

Khamis, 25 Disember 2025

JIBRIL Bangi 2025

Bangi, 25/12/2025 (Khamis) - Saya, isteri dan lima orang anak kami telah pergi ke Restoran dan Kafe (JIBRIL Bangi) yang terletak di 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Ia dibuka setiap hari dari jam 12:00 tengah hari hingga 12:00 tengah malam (pesanan terakhir pada jam 11:30 malam).

Happy 24th Wedding Anniversary. 25th December 2025 (Thursday). 25/12/2025 (Khamis): Hari ulang tahun pernikahan yang ke-24. SAYA DAN ISTERI. 25/12/2001 (Selasa): Hari akad nikah.

Pesanan kami bertujuh (meja 4) dibuat pada 1:57 PM. Ini merupakan kali pertama kami makan dan minum di sini. Kami makan Nasi Asam Pedas Tetel (Beef) × 1 (RM21.90), Pineapple Fried Rice × 1 (RM14.90), Carbonara with Streaky Beef × 1 (RM22.90), French Fries × 1 (RM9.90) and Salted Egg Butter Chicken (normal) × 2 (RM37.80). Kami minum Honey Lemon (Ice) × 1 (RM6.90), Iced Chocolate × 1 (RM10.90), Matcha Latte (Iced) × 1 (RM13.90) and Mineral Water (Cold) × 2 (RM7.80). SST (6%) = (RM8.81) and Service Charge (10%) = (RM14.69). Kami telah membayar sebanyak RM170.40 untuk harga makanan dan minuman menggunakan Kad Debit (HLB SAVINGS-i JL).

JIBRIL Bangi dimiliki oleh orang Islam yang berbangsa Melayu dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ia merupakan restoran cawangan ke-3. Keunikan kafe yang tersembunyi di sebalik dinding batu dan rak buku.

Hari ini merupakan hari ke-6 Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026 untuk negeri-negeri kumpulan B. Khamis, 25 Disember 2025.

Rabu, 24 Disember 2025

Cuti dan Kuala Lipis 2025

Kajang, 24/12/2025 (Rabu) - Saya, isteri dan lima orang anak kami sedang berada di rumah TJ. Rumah SI terletak di negeri sama dan rumah TTD terletak di negeri lain. Siang tadi, saya sempat berada di rumah TTD dan rumah SI. Malam ini, saya berada di rumah TJ.

Hari ini merupakan hari ke-5 Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026 untuk negeri-negeri kumpulan B. Anak sulung dari Negeri Sembilan baru sampai malam ini ke Selangor. Kami cukup bertujuh orang ahli.

Saya dan keluarga sempat pulang ke kampung di Pahang sebanyak enam kali berdasarkan bulan dalam kalendar pada tahun 2025.

Rekod Balik Ketika Percutian, Rumah TTD 2025.

Mac 2025 (Cuti Hujung Minggu) berenam orang (Proton Exora) dan jadi berlima orang. Anak sulung berada di asrama tempat pengajian dan hantar anak ketiga ke asrama:
15/03/2025 (Sabtu). Dari Kajang ke rumah TTD. Tidak bermalam.
15/03/2025 (Sabtu). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
16/03/2025 (Ahad). Dari RTP SU singgah ke Jelebu dan balik ke Kajang.

April 2025 (Cuti Aidilfitri 1446) bertujuh orang (Proton Exora):
01/04/2025. Selasa. Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
02/04/2025 (Rabu). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
03/04/2025 (Khamis). Di RTP SU. Bermalam.
04/04/2025 (Jumaat). Dari RTP SU ke rumah TTD. Tidak bermalam.
04/04/2025 (Jumaat). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Mei 2025 (Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026) berlima orang (Perodua Bezza). Anak sulung dan anak kedua berada di asrama tempat pengajian:
31/05/2025 (Sabtu). Dari Dungun ke rumah TTD. Bermalam.

Jun 2025 (Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026 dan sebelum Cuti Aidiladha 1446 yang bersambung dengan cuti sekolah) berlima orang (Perodua Bezza). Anak sulung dan anak kedua berada di asrama tempat pengajian:
01/06/2025 (Ahad). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
02/06/2025 (Isnin). Di RTP SU. Bermalam.
03/06/2025 (Selasa). Dari RTP SU ke rumah TTD. Tidak bermalam.
03/06/2025 (Selasa). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

September 2025 (Cuti Penggal 2, Sesi 2025/2026) bertujuh orang (Proton Exora):
13/09/2025 (Sabtu). Dari Kajang ke RTP SU. Bermalam.
14/09/2025 (Ahad). Di RTP SU. Bermalam.
15/09/2025 (Isnin). Dari RTP SU ke rumah TTD. Tidak bermalam.
15/09/2025 (Isnin). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Disember 2025 (Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026) berenam orang (Proton Exora). Anak sulung berada di asrama tempat pengajian:
20/12/2025 (Sabtu). Dari Kajang ke rumah TTD. Bermalam.
21/12/2026 (Ahad). Dari rumah TTD ke RTP SU. Bermalam.
22/12/2025 (Isnin). Di RTP SU. Bermalam.
23/12/2025 (Selasa). Dari RTP SU ke rumah TTD. Bermalam.
24/12/2025 (Rabu). Dari rumah TTD balik ke Kajang.

Perodua Axia yang diambil 09/02/2025 (Ahad) belum sampai ke Pahang setakat 24/12/2025 (Rabu) tetapi sudah sampai ke Melaka pada tahun 2025 ini.

Ahad, 14 Disember 2025

Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2025/2026

Kajang, 14/12/2025 (Ahad) - Tadika tempat anak keempat dan anak kelima saya belajar telah mengadakan Majlis Ihtifal Sesi 2025/2026 pagi tadi di Dewan Masjid Penjara Kajang. Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini. Sekarang, anak keempat dan anak kelima pula merupakan pelajar di sini. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.

Anak kedua dan anak ketiga sedang berada di asrama tempat pengajian masing-masing. Anak sulung yang juga tinggal di asrama, minggu ini dia ada pulang ke rumah. Saya, isteri, anak sulung, anak keempat dan anak kelima telah tiba di perkarangan Masjid Penjara Kajang pagi tadi. Bertolak dari depan pintu pagar rumah TJ beberapa minit sebelum jam 9:00 pagi. Di dewan masjid, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan pengacara majlis. Perarakan masuk perasmi majlis. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan bacaan Qunut Nazilah. Seorang pelajar TPH membacakan doa pembukaan.  Anak kelima saya membacakan surah an-Nasr. Seorang pelajar pula membacakan terjemahan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu dan seorang lagi pelajar membacakan terjemahan ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris.

Atur cara program diteruskan dengan persembahan multimedia (video montaj), persembahan pembukaan semua pelajar, ucapan Pengetua TPH, ucapan pengerusi Tadika Alami Asasi Minda (AAM), ucapan perasmian, gimik perasmian , persembahan kelas Little Hafiz berkenaan Palestin (anak keempat dan anak kelima terlibat), persembahan pelajar-pelajar Tadika AAM, persembahan kelas 4 tahun (2025), persembahan kelas 5 tahun (2025), persembahan kelas 6 tahun (2025), acara uji minda sesi 1, persembahan penutupan semua pelajar, persembahan syair, persembahan bercerita, acara uji minda sesi 2, penyampaian hadiah semua pelajar, penyampaian sijil tamat prasekolah kelas 6 tahun, penyampaian anugerah (anak keempat menerima Anugerah al-Qur'an Terbaik dan Anugerah Terbaik Keseluruhan), saya dan isteri naik ke atas pentas, saya memberikan ucapan, sesi bergambar dan kami juga menyampaikan hadiah kepada guru-guru selepas majlis. Jamuan ada disediakan di dewan makan.

Anak kelima saya berumur lima tahun pada 2025. Anak keempat saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2025, anak ketiga saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2016, anak kedua saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2013 dan anak sulung saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2011. Keempat-empat mereka telah tamat prasekolah di tadika yang sama dan berumur enam tahun pada 2011, 2013 dan 2016 dan 2025.

Majlis pagi tadi berakhir pada waktu tengah hari. Tetamu yang hadir mula beredar meninggalkan majlis selepas jamuan. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2025/2026 dengan tema ihtifal 'Si Kecil Menggapai Bintang'. Motto tadika ialah 'Membina Generasi Pintar Soleh'.

Khamis, 11 Disember 2025

Lenovo Chromebook 2025

Kajang, 11/12/2025 (Khamis) - Di Selangor, hari ini merupakan Cuti Umum Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Saya sedang berada di rumah TJ. Saya telah memesan sebuah Lenovo (N23) Chromebook terpakai yang asli (tulen) model MTM: 80YS daripada TikTok Shop pada hari Selasa, 9 Disember 2025 ketika berada di Sekasih dan barang yang dipesan telah sampai hari ini (Khamis, 11 Disember 2025) ke rumah SI (bukan rumah TTD). Dari rumah TJ, saya mengambilnya di rumah SI dan kembali ke rumah TJ.

Penghantaran barang cuma mengambil masa dua hari dari Klang ke KajangPengeluaran GrabPay Wallet J pada 11/12/2025 (Khamis) sebanyak RM103.19 bagi pesanan 09/12/2025 (Selasa) untuk TikTok PayLater. Hadiah percuma yang diberi ialah pen sentuh skrin dan tetikus ada wayar.

Sistem Operasi Chrome atau Chrome Operating System (OS) adalah usaha Google untuk menjadikan sistem operasi berasaskan sumber terbuka diguna secara meluas pada komputer riba. Cara Chrome OS berfungsi amat berlainan sekali dengan Windows, Mac OS (Macintosh Operating System) dan Ubuntu (salah satu Sistem Operasi Linux). Ini kerana Sistem Operasi Chrome ditumpukan sebagai OS yang membuatkan internet menjadi pusat kesemua aktiviti perkomputeran. Chrome OS melibatkan aktiviti perkomputeran awan. Kesemua aplikasi, perisan, permainan dan data-data penting bertumpu di internet. Kita akan menaip, menyunting dokumen serta gambar, menonton video, bermain permainan dan mendengar lagu di internet. Kita akan menyimpan data di internet. Data tidak disimpan dalam cakera keras di dalam komputer, sebaliknya ia dimuat naik ke internet iaitu ke akaun cakera maya seperti di Google Drive atau SkyDrive. Data itu pula kemudiannya dapat dilihat, dibuka, disunting melalui internet dari mana-mana lokasi fizikal sama ada di rumah, dalam kereta, restoran, bilik tidur dan lain-lain tempat asalkan ada internet.

Chromebook menggunakan bahasa yang kita pilih semasa mula-mula menyediakan peranti. Jika kita mahu menggunakan bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris, kita boleh menukarnya dalam menu ‘Tetapan’. Log masuk ke Chromebook jika belum berbuat demikian. Klik bahagian status di penjuru kanan sebelah bawah, tempat gambar akaun dipaparkan. Pilih ‘Tetapan’ dan klik ‘Paparkan Tetapan Lanjutan’ di bahagian bawah halaman. Dalam bahagian ‘Bahasa’, klik butang ‘Tetapan Bahasa dan Input’. Selepas itu, kita boleh melaraskan tetapan untuk bahasa paparan, bahasa penyemak ejaan dan bahasa halaman web. Jika bahasa yang ingin digunakan tidak ditunjukkan dalam senarai di sebelah kiri, klik butang ‘Tambah’ dan pilih bahasa yang ingin digunakan.

Lenovo (N23) Chromebook ini bersaiz 11.6 inci pada skrinnya (Touch Screen, Intel Celeron / 4GB RAM / 16GB Solid State Drive). AC/DC Adapter (45W). Replacement AC Adapter. Input (Entrada): 100-240V 50/60Hz. Output (Salida): 19V == 2.31A. Berat komputer ini kira-kira 1.25 kilogram sahaja. Apabila hendak dihidupkan, buka sahaja pelipatnya dan ketika mahu dimatikan, boleh klik pada skrinnya untuk log keluar serta mematikannya. Chrome OS Google ini ialah Versi 103.0.5060.132 (Binaan Rasmi) (64-bit) merupakan kemas kini perisian dan keselamatan yang terakhir untuk Chromebook 2025 ini. Bagi mendapatkan kemas kini pada masa akan datang, tingkatkan kepada model yang lebih baharu. Saya menulis artikel ini menggunakan Chromebook yang baru diterima.

Kumpulan Nasyid Hijjaz

Kumpulan Nasyid Hijjaz
Klik pada gambar untuk menonton video YouTube.

Anugerah Sahabat Hijjaz Setia

Kenangan di Negara Arab

WELCOME

WELCOME
http://jeehan75.blogspot.com

MURAQABAH

  • Naib 2007 SMKBBSL.
  • Dhabit 2009 SKSS.
  • Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
  • Naib 2012 SJK(C)B.
  • Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
  • Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
  • Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
  • Rais 2017 SKLA (SMKTK).
  • Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
  • Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.