Kajang, 24/11/2011 – Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah pergi ke Klinik Kesihatan Kajang di Jalan Semenyih pada petang ini. Anak ketiga kami membuat pemeriksaan kesihatan di klinik tersebut. Hari ini merupakan ulangtahun kelahiran yang pertama anak ketiga kami. Umurnya cukup setahun pada hari ini.
Kira-kira jam 6:30 pagi setahun yang lalu iaitu pada 24/11/2010, isteri saya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang beratnya kira-kira 2.6 kilogram. Dia dilahirkan di Hospital Kajang seperti kakak dan abangnya juga.
Setakat hari ini, anak ketiga kami masih belajar berdiri tetapi perlu memegang pada sesuatu benda sebagai bantuan untuk dia berdiri.
Pada tahun ini, anak sulung kami berumur enam tahun dan anak kedua pula berumur empat tahun. Mereka berdua ditempatkan di Tadika Permata Harapan. Anak sulung kami mula ditempatkan di tadika tersebut sejak bulan Januari 2010 dan anak kedua pula mula ditempatkan di situ pada bulan Januari 2011 ini. Pada bulan Januari 2011 juga, anak ketiga kami mula ditempatkan di Taska Kasih Kita. Taska tersebut terletak tidak berapa jauh dari Tadika Permata Harapan.
Anak ketiga kami dilahirkan ketika saya dan isteri telah tinggal di rumah sendiri berbeza dengan kakak dan abangnya. Ketika mereka berdua dilahirkan, kami masih tinggal di rumah sewa.
Tahun 2011 ini juga merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang kesepuluh. Tahun 2001 hingga tahun 2011 (sepuluh tahun) bersamaan dengan satu dekad.
Khamis, 24 November 2011
Sabtu, 19 November 2011
Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil TPH 2011
Bangi, 19/11/2011 - Tadika tempat anak sulung dan anak kedua saya belajar telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil (Ihtifal) kali yang kedua pada petang tadi di Dewan Pujangga, Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tadika Permata Harapan ini telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.
Saya, isteri dan tiga orang anak kami telah tiba di Kelab Golf Danau, UKM Bangi kira-kira jam 2:15 petang. Majlis dimulakan tidak lama kemudian dengan kata-kata aluan daripada pengacara majlis. Doa’ pembukaan dan ayat-ayat suci al-Qur’an dibacakan.
Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor. Diteruskan dengan ucapan Cik Nor Azliza binti Rajiain, Pengetua Tadika Permata Harapan Impian Murni dan ucapan serta perasmian oleh Encik Noor Azib bin Asmangi, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Daerah Hulu Langat.
Ia diteruskan dengan persembahan daripada kelas Salman al-Farisi (pelajar-pelajar empat tahun), kelas Solahuddin al-Ayyubi (pelajar-pelajar enam tahun) dan kelas Suhail ar-Rumi (pelajar-pelajar lima tahun).
Ketika pelajar-pelajar sedang membuat persembahan, saya pergi sekejap ke Hotel Equatorial Bangi menghadiri Jamuan Hi-Tea dan Hari Q sekolah tempat saya mengajar sekarang. Saya kembali ke Dewan Pujangga, Kelab Golf Danau, UKM Bangi dan sempat menyaksikan persembahan nasyid. Penyampaian cenderahati, hadiah dan sebagainya telah disempurnakan oleh Cik Nor Azliza binti Rajiain serta Encik Noor Azib bin Asmangi semasa saya meninggalkan majlis tadi.
Majlis petang ini diakhiri dengan persembahan penutup oleh semua pelajar Tadika Permata Harapan yang hadir. Kira-kira jam 5:00 petang, majlis pun tamat. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Tadika Permata Harapan kerana telah dapat mengadakan “Ihtifal” kali yang kedua ini dengan jayanya.
Motto Tadika Permata Harapan ialah ‘Membina Generasi Pintar Soleh’.

Sabtu, 12 November 2011
Teman Sejati
Selama ini ku mencari-cari. Teman yang sejati. Buat menemani. Perjuangan suci. Bersyukur kini pada-Mu Ilahi. Teman yang dicari selama ini. Telah ku temui. Dengannya di sisi. Perjuangan ini. Senang diharungi. Bertambah murni kasih Ilahi. Kepada-Mu Allah. Ku panjatkan doa’. Agar berkekalan kasih sayang kita. Kepadamu teman. Ku pohon sokongan. Pengorbanan dan pengertian. Telah ku ungkapkan segala-galanya.
Selama ini ku mencari-cari. Teman yang sejati. Buat menemani. Perjuangan suci. Bersyukur kini pada-Mu Ilahi. Teman yang dicari selama ini. Telah ku temui.
Hu… Hu…
(Teman, bersamalah kita semaikan persahabatan ini dengan keimanan.
Teruskanlah perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan).
Dengannya di sisi. Perjuangan ini. Senang diharungi. Bertambah murni kasih Ilahi. Kepada-Mu Allah. Ku pohon restu-Mu. Agar kita kekal bersatu. Kepadamu teman. Teruskan perjuangan. Pengorbanan dan kesetiaan. Telah ku ungkapkan segala-galanya.
Itulah tandanya. Kejujuran kita. Haa… Ku mencari-cari. Teman yang sejati. Buat menemani. Perjuangan suci. Haa...

Jumaat, 4 November 2011
Membentuk Syurga Rumahtangga
Buku ‘Membentuk Syurga Rumahtangga’ ini dihadkan untuk bacaan suami dan isteri sahaja. Ia bertujuan memberi pedoman kepada pasangan-pasangan kelamin membentuk ‘syurga’ dalam hubungan intim mereka. Semoga dengan itu matlamat ke Syurga yang sebenar tidak sekadar impian. Insya Allah.
Bagi mencapai kebahagian hidup, ia bermula daripada kehidupan berkeluarga. Bermula daripada ibu bapa untuk membentuk anak-anak, seterusnya melahirkan rumahtangga yang cemerlang.
Justeru itu, penyusunan buku ini dilakukan sebagai usaha untuk membantu para suami atau isteri membentuk keluarga cemerlang. Ilmu-ilmu yang terdapat di dalamnya, sebanyak sedikit dapat membantu dan menyuluh untuk membina keluarga yang berbahagia di dunia dan Akhirat.
Setiap pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan pasti menginginkan sebuah rumahtangga yang penuh kebahagiaan, ketenangan dan keharmonian. Mereka ingin menjadikan rumahtangga itu sebagai syurga dunia yang menenangkan jiwa.
Memiliki sebuah rumahtangga yang bahagia sememangnya menjadi idaman setiap insan. Keluarga yang bahagia bukan sahaja memberi kedamaian hidup, malahan merupakan aset penting dalam membina sebuah masyarakat yang cemerlang.
Islam adalah agama yang menjamin kabahagiaan hidup setiap manusia, termasuk dalam berumahtangga. Kebahagiaan rumahtangga akan dicapai setelah memenuhi ciri-ciri tertentu sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Antaranya ialah bertakwa, bertanggungjawab, bertolak ansur, tolong menolong, pergaulan yang baik dan melahirkan generasi yang berkualiti.

Langgan:
Catatan (Atom)
MURAQABAH
- Naib 2007 SMKBBSL.
- Dhabit 2009 SKSS.
- Rais 2010 SKSI2 (SMKSAAS).
- Naib 2012 SJK(C)B.
- Rais 2013 SKTR (SMKSAAS).
- Rais 2015 SKBT (SMKBTK).
- Rais 2016 SKJE (SMKDABB).
- Rais 2017 SKLA (SMKTK).
- Rais 2018 SKBTHO2 (SMKTT).
- Dhabit 2023 UIS & UTAR (SMKTT) Murafiq.
Pautan Tambahan
- RCC Global (M) Sdn Bhd
- RCC Worldwide (M) Sdn Bhd
- Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd
- Keluarga Ku Bahagia (Kekuba)
- Elektronik Zakat Selangor
- Sign In To Microsoft
- Muat Turun Video Daripada Internet
- Muat Turun Video Daripada Smule
- al-Muqri' (Pengajar Bacaan al-Qur'an}
- Sistem Maklumat Pendidikan Islam JAKIM
- Paparan Gambar Status Trafik Semasa
- Malaysia Highways Live Traffic Cameras
- Indeks Pencemaran Udara - IPU
- Kalkulator - Imperial to Metric
- Android Device Manager
- Nasyid Mp3 Download
- Free Online Games
- UniFi Specialist by TM
- TuneIn (0nline) - IKIM FM
- Live Online Radio - IKIM FM
- Live TV Stereaming - Online TV
- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam - LPPSA
- SI2008 (18' x 55') TTD2017 (20' x 65') TJ2021 (20' x 65')
- Tenaga Nasional Berhad (Quick Pay)
- Pengurusan Air Pahang
- Laman Air Selangor
- Indah Water Konsortium
- Cukai Tanah Pahang
- Cukai Taksiran (MDL)
- Cukai Tanah Selangor
- Cukai Taksiran (MPKj) e-Bayar