Kira-kira jam 6:30 pagi setahun yang lalu iaitu pada 24/11/2010, isteri saya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang beratnya kira-kira 2.6 kilogram. Dia dilahirkan di Hospital Kajang seperti kakak dan abangnya juga.
Setakat hari ini, anak ketiga kami masih belajar berdiri tetapi perlu memegang pada sesuatu benda sebagai bantuan untuk dia berdiri.
Pada tahun ini, anak sulung kami berumur enam tahun dan anak kedua pula berumur empat tahun. Mereka berdua ditempatkan di Tadika Permata Harapan. Anak sulung kami mula ditempatkan di tadika tersebut sejak bulan Januari 2010 dan anak kedua pula mula ditempatkan di situ pada bulan Januari 2011 ini. Pada bulan Januari 2011 juga, anak ketiga kami mula ditempatkan di Taska Kasih Kita. Taska tersebut terletak tidak berapa jauh dari Tadika Permata Harapan.
Anak ketiga kami dilahirkan ketika saya dan isteri telah tinggal di rumah sendiri berbeza dengan kakak dan abangnya. Ketika mereka berdua dilahirkan, kami masih tinggal di rumah sewa.
Tahun 2011 ini juga merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang kesepuluh. Tahun 2001 hingga tahun 2011 (sepuluh tahun) bersamaan dengan satu dekad.