Perjalanan pergi saya dari Kajang ke Shah Alam petang tadi melalui Lebuhraya Kajang SILK (E18), Lebuhraya SKVE "South Klang Valley Expressway" (E26), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (E6) dan Lebuhraya Utara Selatan (E1). Di E18 melalui Plaza Tol Sungai Balak, E26 masuk melalui Plaza Tol Ayer Hitam dan keluar melalui Plaza Tol SKVE Saujana Putra. Di E6 masuk melalui Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan keluar melalui Plaza Tol Ebor. Di E1 tidak melalui plaza tol.
Kami sekeluarga makan malam di Restoran ar-Rawshah selepas bersiar-siar di i-City. Restoran ini terletak di dalam kawasan i-City. Kami memesan menu Mandy Daging (Traditional Hadramaut earth baked rice with lamb), Shawarma Daging, Sup Ayam (cream soup), Falafil (with parsley), air soya dan minuman Koktel ar-Rawshah.
Sementara menunggu menu yang dipesan sampai ke meja, kami solat Maghrib secara bergilir-gilir di surau yang berhampiran. Selesai makan dan minum, kami kembali bersiar-siar di i-City yang dipenuhi dengan lautan manusia.
Saya memang sukakan makanan Arab sejak belajar di Jordan lagi. Maklumlah, kira-kira 5 tahun menetap di sana menuntut ilmu. Apabila terasa hendak makan makanan Arab, saya akan ke restoran yang bersesuaian.
Sebelum ini, saya dan keluarga pernah ke beberapa buah restoran makanan Arab di sekitar Lembah Klang, Cyberjaya, Negeri Sembilan dan Kajang.
Sesiapa yang ingin singgah ke Restoran ar-Rawshah di Shah Alam, alamatnya ialah:
B5-13-G, Jalan Multimedia 7/AH,
City Park, i-City,
40000 Shah Alam,
Selangor.
Saya memandu kenderaan dalam kesesakan lalu lintas dan beredar meninggalkan i-City Shah Alam bertolak pulang ke rumah di Kajang.