
Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar meminta Bilal melalungkan azan tetapi dia tidak sanggup kerana sangat sedih teringatkan baginda. Kemudian, Saidina Hasan dan Saidina Husain pula meminta Bilal berbuat demikian. Akhirnya dia bersetuju kerana mereka berdua ialah cucu kepada Rasulullah s.a.w.
Apabila Bilal melaungkan azan, seluruh penduduk Madinah gempar dan masing-masing bertanya adakah Rasulullah s.a.w. dibangkitkan kembali. Mereka terus pergi ke Masjid an-Nabawiy disebabkan kerinduan kepada baginda. Bilal sendiri pun tidak dapat menghabiskan azan sehingga dia menangis dan rebah kerana terlampau rindukan baginda.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya mesti mempunyai rasa rindu untuk bertemu Nabi Muhammad s.a.w. seperti para sahabat baginda yang sentiasa merinduinya. Ini kerana baginda merupakan kekasih Allah. Rasulullah s.a.w. sendiri pun amat sayang kepada umatnya walaupun ada di kalangan umatnya yang tidak ingat kepada baginda.
Kita tidak hidup di zaman Rasulullah s.a.w. seperti para sahabat. Kalau kita tidak ingat kepada baginda, kita merupakan manusia yang kurang ajar. Baginda merupakan nabi dan rasul yang terakhir diturunkan oleh Allah untuk umat manusia di muka bumi ini.
Catatan Maulidur Rasul: 12 Rabiu’l Awwal 1434 (24 Januari 2013).