Oleh kerana Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB), Seksyen 2 terletak berhadapan dengan SMKBBB, beberapa pertandingan MTQ peringkat daerah yang bermula pagi tadi turut diadakan di SKBBB.
Di surau SKBBB, saya telah menjadi juru acara untuk pertandingan Tilawah al-Qur’an (Lelaki dan Perempuan) bagi kategori Sekolah Rendah.
Pertandingan-pertandingan yang telah diadakan untuk ketegori Sekolah Rendah ialah Tilawah al-Qur’an (Lelaki), Tilawah al-Qur’an (Perempuan), Hafazan al-Qur’an (Lelaki), Hafazan al-Qur’an (Perempuan), Bercerita Kisah al-Qur’an (Lelaki), Bercerita Kisah al-Qur’an (Perempuan), Nasyid dan Kompang Selawat.
Pertandingan-pertandingan yang telah diadakan untuk ketegori Sekolah Menengah pula ialah Tilawah al-Qur’an (Lelaki), Tilawah al-Qur’an (Perempuan), Hafazan al-Qur’an (Lelaki), Hafazan al-Qur’an (Perempuan), Syarahan Spontan (Lelaki), Syarahan Spontan (Perempuan), Nasyid dan Marhaban Berzanji.
Peserta-peserta MTQ peringkat daerah telah dipilih daripada pemenang-pemenang MTQ peringkat zon. Mereka yang mewakili kategori Sekolah Rendah terdiri daripada empat buah zon iaitu Utara, Tengah, Selatan dan Tenggara. Bagi kategori Sekolah Menengah pula, mereka cuma dibahagikan kepada tiga zon sahaja iaitu Utara, Tengah dan Selatan.